Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, May 23, 2010

Mari Buat Maggi Yang Sedap Seperti Saya

Riak betul title tuh. Sedap sangat ker Syeeda? :p Ok mari tuan-tuan dan puan-puan, malam nih kita dinner dengan Maggi Kari Berapi yang sedap! Saya tak tahu la, ada ker orang pernah post pasal cara buat maggi? tapi saya nak post jugak kat blog nih. Nak share dengan you all semua. Kan Sharing is Caring. :p

Bahan-bahannya:
1/2 bungkus Maggi Kari Berapi (ya, saya memang makan setengah jer)
1/2 ulas bawang besar yang dimayang halus
1 cawan air
Daging Ayam yang dipotong comel-comel
Cendawan tiram dan cendawan butang yang dihiris kecil-kecil
Kubis bunga yang dipotong halus
Perisa Maggi Kari Berapi
Secubit garam / Knorr Pasti Sedap!
Daun saderi yang dhiris kecil-kecil
Cili Api yang dihiris
Air perahan limau kasturi

Cara Membuatnya:
1. Rebuskan daging ayam tadi dengan 1 cawan air sehingga mendidih. Kalau suka kuah byk, tambah air lagi ok.
2. Masukkan cendawan tiram & cendawan butang.
3. Masukkan perisa/perencah maggi.
4. Masukkan maggi, tunggu mendidih then kacau.
5. Masukkan kubis bunga, cili api & daun saderi.
6. Last but not least, secubit garam & Knorr Pasti Sedap! Tuangkan air perahan limau kasturi.
7. Ready to Eat!

Dan Hasilnya

Sangatlah memberangsangkan! 
Mari nikmati. 

p/s : Maggi adalah teman yang akrab semasa di hostel. Biarpun ianya dimasak dengan hanya menuang air panas-panas yang baru dijerang menggunakan cerek elektrik milik roomate, ia tetap dinikmati seenaknya. 

8 comments:

nuRuLain_zAiNi said...

1/2 je? pelik...

Syeeda Sobbihi said...

nurulain: hmm, mkn setengah pun dah kenyang. :)

SyaNa_SaN said...

Hye syeeda,

Maggi dengan student mmg tak boleh dipisahkan. Walaupun cuma sekadar masak maggi kosong pakai air panas jer, tapi keseronokan memakannya ramai2x menyebabkan ianya sesuatu yang manis untuk dikenang.

Syeeda Sobbihi said...

syana: setuju sangat! mkn maggi dengan kwn2 sambil gossip2 perihal lecturers memang menyeronokkan. rindu zmn study. huhu.

sugar2 kapas strawberry said...

dekat cni xde bahan2 cm tu..kt umh boleh la buat cmtu..huhu

sekadar megi rendam je..sob sob ;(

Syeeda Sobbihi said...

sugar2 kapas strawberry:
tkpela maggi rendam pun. janji kenyang! hehe

n.a.n.a said...

sy suka mkn megi tp pening kpala pas mkn.kdg2 dmam. byk sgt msg dlm badan kowt.hahaha

Syeeda Sobbihi said...

nana :
hmm megi tak elok diamalkan. sekali sekala ok ler. mkn byk2 nnt botak kepala. He.

Tabung Baby. Please Click :)