Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, July 30, 2010

MIFB 2010 - Edisi Unik & Menarik.

Maaf. Entry yang dijanjikan untuk diupdate dengan cepat tak dapat ditunaikan akibat kesibukan kerjaya yang sering membataskan waktu. Seminggu MIFB telah berlalu dan saya harap entry ini belum lagi memasuki kategori basi (Sila baca BASI, bukan air liur BASI. eheh. selingan.)

Okey, para pembaca kesayangan daku sekalian. Mari kita sama-sama scroll down ke bawah untuk lihat apa yang menarik & unik yang saya jumpa masa MIFB sabtu yang lalu. 

Rebung besar dan gubahan kulat / cendawan daripada taiwan
Itu rebung yang paling besar pernah saya tengok. Encik kekasih memang suka rebung dan kalau beliau tengok rebung nih mesti beliau nyanyi-nyanyi sambil hentak-hentak kaki (mungkin guling2 juga) nak beli bawak balik tanam di ladang beliau. tak pasti boleh hidup ke tak di malaysia sebab rebung nih asal dari Taiwan. Yang gubahan cantik tu pulak adalah cendawan. Geram je saya tengok, rasa macam nak petik-petik buat sup cendawan siam. urghh..

Cuba teka ini apa?
Hurm. Ini satu lagi inovasi baru yang pertama kali baru saya jumpa. Its Doughnut! Sangat cantik dan comel. Warna-warni. Dan digantung macam gelang mutiara yang macam orang jual kat Sabah ataupun uptown. Heh. Creative bukan? 

tadaa!
Kat belakang saya tu, menara berkembar petronas yang disusun daripada Beras Taiwan. Beras diorang nih bentuk bulat-bulat & pendek, tak macam beras kita, bujur-bujur & panjang. Ok, sat. saya zoom dekat skit menara tu yer. 

wowww..

Berapa bulan laa diorang susun biji beras nih yer? terpesona saya dibuatnya. 

Aiskrim!
Yang ini pulak kisah aiskrim MADO daripada Turki. Aiskrim ini dibuat secara tradisional. Diorang cuma mix kan bahan-bahan dalam tong tu dan kacau-kacau. Yang special tentang aiskrim ni, sangat keras dan liat. Dan juga sangat la sedappp. ermmm.. 

Encik Turkey sedang serve aiskrim kepada pelanggan.
Aiskrim nih memang mendapat sambutan hangat la masa MIFB tu sampai kan ramai orang sanggup beratur panjang nak beli aiskrim. And good news, diorang akan buka cawangan di Pavillion , KL tak lama lagi. hurm..boleh la pi makan kat situ nanti. 

erk, macam lebih kurang sama jer ketinggian.
Pasu-pasu yang disusun cantik membentuk seperti kanak-kanak. kalau pasu-pasu ni hidup, mungkin saya dah bawak balik dan bela sebagai anak angkat. haha. comel kan? 

ok, sekian aktiviti bergambar.
Gambar nakal di atas diambil di landskap Pavillion negara Taiwan. 

Sebenarnya, banyak lagi benda-benda unik dan menarik kat sini, Cuma itu sahaja yang dapat saya update untuk sama-sama kita share yer. 

Sehingga bertemu lagi. Selamat malam :)

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

unik je klcc tu kn? :)

perlu sabar nk buat bnda alah tu

Cik Puan Syeeda said...

sugar2:
hurm mmg unik. buat dr beras lak tu. :)

cindir-rela said...

asal selalu je pegi event best2? heheh


sukenye keje macam ni:)

Cik Puan Syeeda said...

cindir-rela:
sebabnye keja sy mmg cmni. hehe. mmg best tp kdg2 rase letih gak outstation slalu. anyway, cari rezki kan. ikut je la.. :)

Tabung Baby. Please Click :)