Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, February 11, 2011

My E-Day's Checklist

Satu hari ni asyik ACHOOOO saja.. selesema. At first, I was planning to tidy up my room. Tapi, since dah jadi cenggini, satu benda pun takleh nak buat. Kalau dah bersin, susah je nak berenti. Ok, hari ini nak buat checklist for my engagement day lah. I have 35 days to go! Chaiyo-chaiyo.

Tarikh     : Sabtu - 19.03.2011 (Insyaallah)
Masa      :  Selepas Asar
Tempat   :  Rumahku Syurgaku, Alor Setar.
Tema      :  Peach (Simple but Sweet & Nice)

1.  Outfit Pertunangan 

Status : Ohh.. yang ini dah hampir selesai. Saya just beli kain lace + satin warna peach dan upah my favourite tailor (cik nab) yang akan buat. Dia cakap akan siap awal bulan 3. Then, tudung dan selendang ala2 veil dah siap beli masa berkunjung ke danau kota dan sungai petani itu hari. Hurm.. heels?? belum lagi. Tengah pikir, perlu ke tak perlu nak beli. Haaa, bunga tangan je belum beli lagi. 

2.  Mini Pelamin

Ohh..sedih bila berbicara pasal ni. Hari tu Pak Bihi dah warning yang dia takmau ada mini pelamin masa majlis pertunangan tu. So sad. Tapi nini and I ada plan yang kitorang akan deco tempat untuk sarung cincin yang ala-ala mini pelamin. (Hopefully Pak Bihi dont read this).

Status : So, things needed for this mission : pillow, flowers, carpet, curtain, candles and etc. Semua-semua ni pun belum buat apa-apa lagi! 

3.  Hantaran 

Hantaran daripada encik kekasih ialah 5. Jadi, dari pihak saya ialah 7 lah. At first, saya terfikir nak upah my aunty buat. Tapi, untuk merasakan debaran menjelang hari pertunangan saya, lebih baik saya DIY je.. Ceaaa.

Jadi cadangan 7 hantaran tu dan status-statusnya ialah: 
- Persalinan Akad Nikah yang merangkumi kain baju melayu & sampin (dah beli) 
- Coklat Choclairs (dah beli.. dapat sponsor. Tengkiu En. Zan) 
- Kek (In Progress.. dapat sponsor. Tengkiu Kak Izan)
- Strawberry Chocolate (dah order..dapat sponsor gak. Tengkiu Adikku Nini)
- Gubahan Kuih Karas (belum buat apa-apa lagi)
- Buah-buahan (belum buat apa-apa lagi)
- Donut-donut comel di Big Apple (belum buat apa-apa lagi)

Banyak kan makanan? Hee. Ini kemahuan Mama Gee. Kenala ikut cakap orang tua-tua.
Bekas-bekas hantaran pun belum beli lagi. Esok baru nak godek-godek di Rainbow. My BFF, Jaylie ada nak bagi sumbangan bunga-bunga deco beliau yang lebihan masa majlis perkahwinan beliau baru2 ni. Thanks laling!

4. Persiapan Bilik

Pada mulanya, saya memang taknak mekap-mekap sangat bilik saya nih sebab nak buat majlis sarung cincin kat luar. Tapi, Pak Bihi cakap bilik pun kena bagi cantik-cantik jugak. Ok, fine.

Status : So, things needed - curtain, cadar, wangi-wangian (tak buat apa-apa lagi) 

5. Make-Up

Since majlis ini sangatlah sekejap, ye la dah mula pukul 5, so dekat-dekat maghrib mestilah rombongan lelaki nak balik dah kan?..So, saya tak mekap kat butik pun. Just let adik saya Nini saja yang mekap, sambil dibantu oleh GF Fukurie, Nik. Nasib baik, depa-depa ni pandai berhias. ceaa.

Status : dah dapat jurumekap! 

6. Fotografi 

Bab yang ini, saya just hired BF Nini, Syamet. Walaupun dia baru je berjinak-jinak dengan DSLR ni, saya rasakan yang beliau patut diberikan peluang! tengok gambar-gambar kat FB beliau, cam ok je. Bab mengedit gambar, akan saya serahkan kepada Ein adik kesayangan. Dia pandai bab2 tu. Kalau sempat (dan kalau diizinkan Pak Bihi), saya nak outdoor photoshoot jap dengan encik kekasih lepas majlis tu. Kalau diizinkan la.

Status : dah dapat jurufoto! 

7. Makanan

Ehh bab ni boleh pulak dok last sekali. Hee. Bab makanan ni still kena bincang balik dengan Pak Bihi dengan Mama Gee. Kalau sebelah petang, biasanya makanan konsep hi-tea je la kan. Bukan boleh makan nasik pun. Hurm, minuman semestinya Tobiar Gold MADA. hee.

Status : Kena tanya Pak Bihi & Mama Gee. 


Itu je la persiapan saya setakat nih. Konsep My E-Day ini memang simple. Sebab Pak Bihi taknak kelihatan grand. Hopefully semua berjalan lancar.

p/s : Esok ada perbincangan dengan family besar. 

No comments:

Tabung Baby. Please Click :)