Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, February 12, 2011

Nak Deko-deko Hantaran

Satu hari ini melepak rumah Pakchaq kat Kg. Borhan. Makan tengahari & sesi bergurau senda seisi keluarga sebelah Pak Bihi. Then, ada perbincangan tentang majlis kenduri my cousin, Met kat Poksen Cottage 26 haribulan ini. Habis sesi perbincangan tu, masuk sesi perbincangan tentang My E-Day pulak. Malu ohh, kena interview lagi depan-depan Pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Huhu. 

Balik je dari rumah PakChaq, bergegas ke Pekan Alor Setar untuk memulakan misi mencari barang-barang for My E-day. Saya kan bekerja, jadi misi nih perlu dimulakan sedikit demi sedikit. Kalau tak, memang kelam kabut la kalau semua nak buat last minit kan. Singgah ke Alor Setar Mall, beli kelengkapan make-up. Nak cari small-small pillow untuk my mini dais, tapi tak jumpa lak. Pastu, singgah Rainbow kat Simpang Kuala dan inilah hasilnya... 

Barang-barang deco hantaran 
Sesampainya rumah, terus terbungkang. Letih mencari. Dok renung-renung barang-barang tu sambil memikir camne nak buat. Hari tu, bukan main lagi cakap nak buat sendiri. DIY la konon. Hurmm padan muka ang syeeda.. Terus jammed kepala otak.

Saya  :  Awak.. takdak idea nak deko hantaran nih. Malas buat la. 
En. K :  Kena buat kerja tu ramai-ramai. Kalau sorang memang la takdak idea.
Saya  :  Lagi tak reti buat ramai-ramai. Suka buat sorang-sorang. (bodoh sombong tak?) 
En. K :  Pegi cari dalam internet. Jangan tido pulak. (ehh cam tahu2 lak dia ni) 

Ok, takpe. Nak tido lah. Mana la tau, dapat idea mendeko hantaran dalam mimpi nanti. Esok start buat benda nih. Keh keh.

p/s : Esok birthday Encik Kekasih. Boleh tak, taknak beli hadiah. (Cess, kedekut punya girlfriend)

2 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah2 tengah deko2 ye...

Syeeda Sobbihi said...

hurmm..belum mula pun kak D.. tadak idea..

Tabung Baby. Please Click :)