Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, October 1, 2011

#5: Bride-To-Be Preparation

Pre Wedding Photoshoot 


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sayang buat semua kesayangan yang membaca belog syeeda nih. Dah lama tak post pasal B2B diary.. Banyak benda yang nak review cuma tak sempat je. Sekarang nih, tinggal 2 bulan lebih je lagi saya dan encik tunang nak menuju ke puncak.. eh.. jinjang pelamin. uhuk. nervous kot. banyak benda tak settle. serious, saya nervous. Time cenggini dah boleh kita classify kan sebagai masa kecederaan. sebabnya.. masa nilah sy sibuk dgn persiapan kahwin.. sibuk dgn kerja-kerja opis yang tak penah surut... sibuk baking cakes (nanti sy update pasal my chocolate cakes story k!) ...sibuk dengan sheemieyda blogshoppe.. wahh, rasa cam 24 jam tu tak cukup tau! nanges sekejap. Nak dijadikan cerita, bukan saya sorang saja yang sibuk menyibuk nih.. encik tunang pun busy memanjang.. time sy off day, dia kerja.. time sy kerja, dia pulak off day. susah nak dapat hari utk kitorang bersama settle kan hal-hal kerja kahwin nih. Tapi, hari ni syukur Alhamdulilah, kami diberikan kesempatan untuk bersama. 

So, hari nih dapat luangkan masa setengah hari untuk siapkan Pre Wedding Photoshoot saya dan encik tunang. Ahh, sy taktaula gambar2 tu boleh dikategorikan sebagai gambar pre wedding ke tak. Kami buat simpel je. Takde nak pakai2 baju kahwin ke.. pakai baju tunang pun tak. Just casual and sangatlah simple style. Yang penting, encik tunang nak kan tema baju kitorang putih.. sebab nak nampak suci gitu! Ahaha. Lagi satu, concept kitorang guna ialah "boleh pandang-pandang, duduk renggang-renggang" Ahahaha. sebab most pictures, memang duduk jauh-jauh. kihkih. Kalau orang lain guna props segala bagai.. No props for us! haa, kan simple namanya kan?? 

Untuk costume pulak, at first, saya memang nak pakai baju kurung putih untuk photoshoot nih. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa pakai blouse warna putih saje.  Encik tunang pulak just wearing collar t-shirt warna putih. For fotographer, sy just hired Syamet.. and as usual, Nini my adik kesayangan akan jalankan tugas-tugas PA saya dan make up artist saya.. Dan venue yang jadi pilihan kitorang hanyalah di sekitar bandaraya Alor Setar je. 

Just nak share dgn B2B lain kat sini, yang terus-terang saya akui, untuk nak settlekan hal2 B2B nih, saya hadapi banyak sangat halangan. plus, my encik tunang agak kejauhan dengan saya. banyak benda saya terpaksa arrange sendiri. encik tunang pun macam tu. memangla kitorang still duduk dalam satu negeri, tapi kuala ketil dgn alor setar jauh ooh. nak-nak pulak time kerja my encik tunang nih tak sama dgn saya. sometimes, sebab benda2 kecik pun kitorang boleh gaduh besar. sabar je lah. macam nak arrangekan photoshoot nih pun, ada je halangan. bukannya we all tak buat perancangan, tapi xdpt ikut seperti apa yang dirancangkan.  mcm pepatah tu: Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. so, kena redha je lah. Apa-apapun saya bersyukur, sebab satu hal dah settle. Ohh ya, kenape nak sibuk2 dengan photoshoot pre wed tu? actually, picca2 tu memang saya nak guna nnt masa wedding nanti.. plus, saya nak jugak simpan picca2 nih utk kenang-kenangan sehingga anak cucu. hehe. ok, nnt2 sy update some pictures yg we all captured tadi k. semua ada kat encik photographer. beliau nak edit. ok tu je lah, ok bai! 

2 comments:

YNA said...

teringin nak merasa wat benda2 mcm nie :)

smg semuanya berjalan lancar dear :)

Cik Syeeda Sobbihi said...

Yna: thanks for the wish dear!

Tabung Baby. Please Click :)