Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, May 22, 2010

Ini Bukan Perth tapi PerthLis

Orang dahulu kala pernah mengatakan Jauh Berjalan, Luas Pemandangan. (Eh, ini blog peribahasa ker?) Oleh itu, sementara masih diizinkan, isilah masa muda remaja anda dengan berjalan-jalan. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Syeeda Sobbihi. Ok, sudah merepek.

Hari ni topik utama saya ialah berjalan-jalan ataupun dalam erti kata lain mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Muka surat 1890 (ya, saya tipu) ialah membawa maksud BERSIAR-SIAR. Bersiar-siar dalam ceritera saya hari nih bukanlah berkonsepkan makan angin sambil membawa beg Louis Vuitton menaiki kapal terbang Air Asia ke Perth, Australia yer sebaliknya hanyalah bercuti-cuti di dalam Malaysia seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan tagline mereka CUTI-CUTI MALAYSIA. (perghh..penat taip, sebab panjang sangat ayat nih). Kita akan berjalan-jalan di sekitar utara melawat Ladang Nipah Kipli di Kg. Tanah Timbul, Sanglang, Perlis. 

Kalau bertolak dari Alor Setar, ianya cuma mengambil masa sekitar 40 minit sahaja untuk sampai di tempat kejadian melainkan kalau Sang Putih saya itu laju disebabkan tuannya dapat menekan pedal minyak hingga ke tahap maksima, kita boleh sampai di tempat kejadian dalam masa 20 minit sahaja. He.. 

Kenapa saya memilih jalan-jalan di Ladang Nipah? 
1. Ya, saya memang obses tentang Nira Nipah lately sejak saya mula terlibat dengan projek ini
2. Boleh minum nira dan laksa perlis kat sini. Saya memang sukakan air nira dan laksa!  
3. Tempat yang tenang dan damai sekali, boleh rehat-rehat tenangkan otak yang berkecamuk

Orang putih kata 1 picture can tell hundred of words..(betulkan saya jika saya silap yer, maklumlah belajar sekolah pondok jer :p) So, scroll ke bawah tengok aktiviti bergambar saya yer. 

Ini lah ladang nipah yang saya maksudkan.
saya suka sangat pemandangan ini! tenang~

Aktiviti bersiar-siar hari ni saya tak keseorangan, sebabnya ditemani kawan baik saya masa satu sekolah dulu. 
Tempat ni memang sesuai kalau kita nak luangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan ORANG TERSAYANG. Ecehh..bila orang tersayang kena capital letters ngan pink color plak kan.Heh. 

sebelah kiri adalah kawan baik saya,jue. 
dan tudung magenta itu tentunya saya kan. 
abaikan jerawat yang kelihatan.heh.

Seperti yang saya katakan tadi, ladang ini memang sesuai untuk luangkan masa dengan family & kawan-kawan. Nak pulak kalau ada masalah keluarga ataupun rumahtangga, hah, siap ada meja perbincangan lagi nak berbincang. Heh. Kalau nak bermesyuarat pun boleh. Kalau pun boss marah sebab progress project yang lembap, boleh jamu boss dengan nira nipah. sebabnya nira boleh sejukkan badan. dalam erti kata lain boleh turunkan suhu amarah boss. Okeh kan idea saya. *Wink* 

Ni la meja perbincangan tersebut 

Kalau taknak berbincang di meja perbincangan, ladang nih jugak ada sediakan wakaf ataupun gazebo untuk berehat sambil melunjurkan kaki. Surau pun ada. nak berbincang dalam surau pun boleh. Eh, macam mesyuarat Khairat Kematian la pulak kalau berbincang dalam surau. Heh. 

Saya nak tunjukkan wakaf di sebelah kanan tuh. 
Sila abaikan gambar saya "bermesra" dengan pokok kelapa. 

Lagi gambar dalam ladang nipah ini. 
Bergambar atas jambatan kecil. 

Bagi yang sukakan aktiviti fotografi, memang sesuai la berkunjung ke sini. Sambil menikmati air nira nipah yang segar, anda jugak boleh bergambar dari pelbagai sudut & ceruk ladang nipah. Kalaupun anda bukan penggemar nira nipah tegar seperti saya, air minuman lain pun turut dijual. Teh Ais pun ada. Don't Worry Be Happy Ok! 

Sekian sahaja Syeeda Sobbihi melaporkan dari Ladang Nipah Kipli, Perlis. 
Sampai bertemu lagi. 
Bye! 

p/s : For more informations, do not hesitate to contact me through my email,  sitisyaheeda@yahoo.com.my 

9 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

cantik je scenery kt pokok2 nipah tu kn..nice pic ;)

Cik Puan Syeeda said...

yup.cantik sgt. pokok nipah ni ditanam semula. bukan tumbuh liar. that's y tersusun cantik je.

Bapak said...

boleh tahu waktu operasi waktu ladang nipah ni?

mana tahu tersinggah Perlis suatu hari nanti..heheh

ardinihumaira said...

cantiknya tempat tu.. dni lom penah p.. ala... rindu nya kat perlis. dulu dni study kat arau...

Cik Puan Syeeda said...

bapak : operasi bukak dari 7 pagi - 7 malam saje. singgah la yer!

ardini: tu la. tak ramai org tau tempat nih. takpe, kalau mai perlis nnt, singgah no. :)

molliesa said...

jue? kak jue?

abaikan kalo saye salah org..hehe

mcm kakjue, kwn buat dpli upm..=)

Cik Puan Syeeda said...

haah.jue mmg ada buat dpli upm. skrg dia tgh tunggu posting & meniti hari2 bahgia. Heh.

Zullism said...

ada ka kat Perlis tempat macamtu...tak penah tau pun....pss: syeeda saya ni caolur blind lain kali boleh tak word jangan highlight warna biru macamtu...sangat menyankitkan mata...tq salam

Cik Puan Syeeda said...

zul: ada la.nih yg ceq nak habaq nih. hehe. awk colour blind? yer ker? pity u. :( word ape yg blue? yg nama nih ker? saya taktau cmne nak ubah colour dia.

Tabung Baby. Please Click :)