Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, January 2, 2011

Menjengah Kandang Kerbau di Buffalo Park, Pulau Langkawi

Pada tanggal 29 Disember 2010 yang lalu (bunyinyaa macam permulaan karangan darjah 6..takpa, mari teruskan), saya telah dipanggil untuk menghadiri kursus di Langkawi. Saya merasakan bahawa ini adalah peluang terbaik untuk saya yang bukan sahaja dapat memantapkan pengetahuan dengan berkursus malah boleh bercuti-cuti Malaysia juga. Baiklah. tiba masanya untuk saya ceritakan kisah percutian-kerja saya. Mari mulakan. Kita ke KANDANG KERBAU. jom! 

BUFFALO PARK - 30 DISEMBER 2010 

Saya & rakan-rakan sampai di buffalo park pada pukul 5.30 petang. Masa tu hujan rintik-rintik air bergelora menyambut kedatangan kami. Kami berhenti di persimpangan masuk ke ladang, sebabnya bas tak dapat memasuki lorong tersebut disebabkan jalannya yang sempit. 

Signboard Buffalo Park di lorong masuk 
inilah dia lorong yang nak masuk ke ladang kerbau tu. 
Kami terpaksa menunggu van sewa yang akan membawa kami masuk ke dalam. 

macam tunggu bas nak pi keja kan?? he 
Sesampainya kami di ladang tersebut, kami diberikan taklimat oleh pegawai bertugas. Buffalo park ini adalah di bawah pengurusan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Langkawi. Pada asalnya, tempat ini dijadikan tempat untuk membiakbaka kerbau-kerbau. Sekarang, ianya dibangunkan sebagai Agrotourism park. Di samping membiakbaka, JPV juga turut mengendalikan pusat pemprosesan produk berasaskan susu kerbau, juga ditempatkan di ladang ini. 

ni laa produk-produk dari susu kerbau
Selesai taklimat, kami diberikan peluang untuk merasa dan menikmati sendiri produk-produk dari susu kerbau yang terdiri daripada susu kerbau asli, dadih dan mozarella cheese. Makanan free, sapa nak tolak kan?? hee 

dadih dari susu kerbau.. sedap! 
mozarella cheese yang dimakan dengan roti.. sedap! 
Selesai makan-makan, tibalah ketikanya untuk menjenguk kerbau-kerbau di kandang. Kami memberinya makan rumput napier. Nampaknya sang kerbau begitu teruja dengan kedatangan kami. 

kerbau yang pandai posing! comel. 
makan rumput napier dengan enak sekali.. 
Selain daripada aktiviti memberi makan pada sang kerbau, pengunjung yang datang ke sini juga boleh buat aktiviti menunggang kerbau. Cuma, kami tak buat la. sebab hari dah nak maghrib. 

itu charge bayaran yang dikenakan kalau nak tunggang kerbau, ok. 
Hari dah semakin gelap. Kami pun pulang ke tempat penginapan dengan hati yang puas kerana dapat tengok kerbau. 

makan aiskrim perisa kerbau  diperbuat daripada susu kerbau
p/s : semalam (1.1.11) cerita tentang buffalo park nih masuk MAJALAH 3.. 

11 comments:

Amni said...

tau tak.. 1st time tengok kerbau ni masa p kawen abang kat kelantan... sebelum tu memang tak pernah tengok hidup2... hahaha... sakai kan? =P

Syeeda Sobbihi said...

amni:
ye ke?? haaa nnt pi kat buffalo park ni, leh tgk puas2! :)

Mr.IX said...

yummy!!

Salam blogwalking sini dengan sukahati-nya.....Jemputlah singgah ke blog saya gak yer....

Latest entry :
Jom Baca Cerpen Sulung karangan Blogger Ixbarr Sini..

\^__^/

Syeeda Sobbihi said...

mr ix:
terima kasih sbb singgah di sini. ok, japgi saya blogwalking ke blog awk lak.. :)

nora said...

x dpt imagine ais krim perisa kerbau
klau la betul adakan huhuhuhu

Syeeda Sobbihi said...

nora: hehehe.. tak penah ada lg laa.. cube la try R&D dulu..

Anonymous said...

sis sy nak tnya..kalu kita pegi ladang kerbau ni kena wat surat ke..or pegi redah cmtu...sy ingt nak g lawatan ke sana

Cik Syeeda Sobbihi said...

cik anon:
actually mse sy pegi ni, sy join lawatan dgn moa.. klu u all nk wat lawatan, mmg kna ade surat la.. ape2 boleh contact JPV langkawi ok.. tp if xramai, rsa2nya boleh walk-in je..

Anonymous said...

ok2...terima kasih..
jauh x nak masuk ladang 2....dr cite awak kena jalan kaki or naik kereta sewa...

Cik Syeeda Sobbihi said...

cik anon:
hmm jauh gak nak masuk. jalan die sempit. klu dgn kereta, boleh masuk. tp klu dgn bas, takleh. klu nk jalan kaki tu, rasa-rasanya penat la jugak. hehe.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Tabung Baby. Please Click :)