Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, February 14, 2011

Tiga Belas Haribulan Dua

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tiga belas haribulan dua, dua ribu sebelas.

1.  Birthday Encik Kekasih
Encik Kekasih dah masuk umur 31 tahun dah. See, dah kertu kan dia? haha.
    
Saya :  Awak.. nak hadiah ape birthday nih?? Taktau nak bagi hadiah dah.
En. K :  hurmm.. nak kemeja warna maroon boleh?
Saya  : aikk, itu je??
En. K :  takyah membazir2 lah. simpan duit tu.
Saya : (senyum..dalam hati berkata: alaa takpe, duit awak, duit saya..duit saya, duit saya lah. haha.)

Hari ini baru nak cari hadiah untuk beliau.

2.  Interview Nini Adik Kesayangan
Hari ini adikku nini pi interview kat Wisma Darulaman. Kerja kerajaan. Macam biasa, dia tu suka sangat gelabah tok arab. Kelam kabut semacam. Sebelum masuk interview, dia ada call.

Nini  : Kakakku, la nih isu semasa apa diaa arhh?
Saya : Laa, kan dah cakap semalam pasal rusuhan kat Mesir tu.
Nini  : OOO.. haa, presiden mesir tu Hosni Obama kan??
Saya : (terus gelak besar macam nak terguling2) Hoii.. yang pi gabung nama hosni dengan obama pasaipa. Hosni Mubarak la.
Nini  : Alamakk, aku dah cakap dah kat kawan aku yang baru masuk interview tadi. Keh keh.

Alhamdulilah, dah selesai. Semoga rezeki milik adik kesayangan saya tu.
Walau pun dia kadangkala bengong, saya tetap sayang dia. Hehe.

3.  Ujian Bertulis Lesen Memandu Ein adik Kesayangan
Balik-balik rumah je, terus adik ein cakap dia dah pass ujian bertulis lesen memandu.
Boleh dapat L la untuk motor dia.

Saya : Elehh, orang lain pun pass gak, tak seronok sangat2 cam adik pun.
Ein    : Uihh, adik syok la. Dah enam kali adik amik tau. Hari ni baru pass!

2 comments:

{ finieViolet} said...

assalamualaikum syeeda...

sy ada tag kamu utk sertai contest nanti sila lah jenguk kat blog sy..tu pun kalo syeeda nk join. tq..

Cik Puan Syeeda said...

finie:
ye ke. thanks yer.. sy pasti jenguk!

Tabung Baby. Please Click :)