Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, March 26, 2011

My E-Day Ep. 4

Dalam entry sebelum-sebelum nih, saya pernah cakap yang ayahanda tercinta (Pak Bihi) membantah sekeras-kerasnya mini pelamin diadakan sewaktu majlis pertunangan saya. Walau bagaimanapun, rundingan damai telah diadakan diantara Mama Gee dan Maktam Zakiah tentang perkara tu, makanya Pak Bihi diam menurut saja. Wakaka (Masakla aku kalau Pak Bihi baca ini entry).

Pak Bihi memberikan syarat yang tempat sarung cincin ataupun mini pelamin (whatever you want to call it) haruslah simple dan buat sendiri (DIY). Bukannya membazir duit ditempah segala bagai. Dengan yang demikian, maka lahirlah DIY mini pelamin seperti di bawah: 

DIY mini pelamin

Ok tak camtu? Simple je la. actually lokasi ini adalah di sliding door rumah saya. Ok, now saya nak share sikit apa yang diperlukan in order nak dapatkan simple mini dais camni. mana lah tau kalau-kalau ade yang  nak buat or tiru camni kan. (perasan! ada ka orang nak buat cam ang nih syeeda..)

1.  Curtain atau dalam nama melayunya langsir. (bukan langsuir tau)
Kain curtain saya gunakan ialah jenis kain curtain biasa, yang plain gitu.. warna peach. Kemudian, letakkan kain netting (also in peach color) di atasnya. Kain curtain nih saya beli kat Kamdar alor setar je. Actually, saya beli banyak. Boleh dapat 3 curtain camtu. Kalau untuk sliding door nih, harga dia jatuh dalam lebih kurang RM 70.00 saja. Ok kan camtu? Lagipun, curtain nih boleh digunakan lagi masa hari raya or kenduri-kendara akan datang. 

2. Small pillows
Bantal-bantal kecik tu tak perlu beli lagi. saya just gunakan bantal yang sedia ada saja. Cuma sarungnya yang warna maroon tu saja yang saya beli. Harganya RM 5.00 satu. Kat Giant Alor Setar. So overall dalam RM 20.00 la untuk bantal-bantal kecik tu. 

3. Bantal peluk kecik
Nampak tak bantal peluk kecik tu? Yang putih + maroon. Itu pun beli di Giant. Harga dalam RM 12 / unit. So overall RM 24.00 saje. 

4. Bantal untuk bersila. 
Taktau nak panggil apa bantal besar kat tengah-tengah pelamin. Hee yang nih pinjam daripada Mak Teh Miah. Kalau ikut survey yang saya buat, bantal besar camni RM 20 kat Giant (without sarungnya). 

5. Bunga Hiasan Pelamin
Ok, dua-dua bunga yang berdiri megah di sebelah pelamin tu, dipinjam daripada kawan Mama Gee. Thanks sangat-sangat kepada Abang Tart. Kalau korang nak beli sendiri pun boleh. Kat tempat macam Rainbow Alor Setar, saya ada nampak bunga yang cantik-cantik jugak. Harga berpatutan. 

6. Platform pelamin
Ok, platform pelamin yang peach tu actually tilam bujang adik saya. Hehee. Kitorang balut dengan lebihan kain curtain. Makanya, dapatlah camtu. Balut tu biar kemas-kemas okeh! 

7. Hiasan untuk pelamin
Hiasan-hiasan lain yang diperlukan ialah potpouri. Kita tabur-taburkan di sekitar pelamin biar wangi. Pastu korang leh gak letak candle yang wangi. Then, butterflies comel-comel boleh dilekatkan pada curtain biar berseri. So, overall bajet untuk hiasan ialah lebih kurang RM 15. 

Total bajet untuk DIY mini pelamin ini ialah = RM 129.00

Ok kan bajet camtu? yang penting semua orang happy. Jom foto-foto di atas mini pelamin!

keluarga tersayang 

see?? Pak Bihi tersenyum kegembiraan bersama Mama Gee. 

suka gambaq ni. aksi lambung-lambung bunga. 
bersama Fukurie adik kesayangan dan Nikel Norsa.

Fuku ialah runner majlis di mana kalau ada barang-barang yang tak cukup tu beliau keluar pi beli. hee
Nikel merangkap bakal adik ipar dan Pose Coordinator. 
Ceaaa..maknanya cara-cara posing nih beliau yang arrangekan. 

nih pulak dengan Nini adik kesayangan dan Syamet.

Nini bertindak sebagai PA saya. semua perkara tentang my E-day ni beliau yang checked! 
Syamet  merangkap bakal adik ipar dan Mr. Photographer saya. 

bersama Ein adik kesayangan dan Hidayah. 

Ein punya bidang tugas ialah mengecat rumah dan jugak second photographer. 
Hidayah merangkap bakal adik ipar dan beliau ialah Jurumekap saya semasa majlis. 

Ok, itu saje tentang My E-day rasanya. Nanti update banyak-banyak you all boring plak. Hehe. Hari nih dah genap seminggu jadi tunangan orang. Perasaan? susah nak citer. yang pasti, happy. hee

p/s: sapa-sapa nak ambil gambar nanti, saya rekemen Mr. Photographer saya nih, syamet. 
Negotiable price ! 
Boleh view Facebook beliau disini ---> FhoTho Sengkuang 

19 comments:

norh said...

cantik walaupun buat sendiri ye.. :)

Cik Puan Syeeda said...

norh:
thanks. biaselah, nak save bajet. heee :)

Zullism said...

kan jimat tu...lawa plak tu

Cik Puan Syeeda said...

zullism:
ha ah..kene la jimat mase engage..nnt nk guna duit byk lg utk kenduri.. BANK RAKYAT, BANK PILIHAN ANDA.. hehehee

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

bagus2 save bajet...i loike...
selamat bertunang dear...

gadisBunga™ said...

tahniah!

pelamin tu cantik. dah terbukti cantik tak semestinya perlu mahal kan?

Cik Puan Syeeda said...

ladyzul:
kena la save bajet. nnt nak berabes byk lagi..huhu thanks kak D..

Cik Puan Syeeda said...

gadis bunga:
thanks GB. hehe takdela cantik mna pun.. sy nih amatur je. bru cuba buat utk diri sendiri.. hehe

lovelyadibah said...

comel!:)eyh b2b eyh??kita link awak eyh!:) salam kenal:)

cikpia said...

cantik!!! kretif sangat esp tang katil jadik platform tu. he he.....

Cik Puan Syeeda said...

lovelyadibah:
tengkiu! yup..b2b..insyallah hujung tahun ni.. kite pun nk follow awk la.. salam kenal jugak :)

Cik Puan Syeeda said...

cikpia:
hehe dpt idea msa dok usha tilam adik..hehe

Kisah Tatie said...

nice combination.

Cik Puan Syeeda said...

miss tatie :
thanks for following me! thanks also for the compliment :)

Mrs. Ady Firdaus said...

hai sis..inspired utk mini pelamin DIY saye....tenkiu penat gugel x sia2...TQ

Cik Puan Syeeda said...

La dolce mea natt:
ehh ye ke?? pelamin ni xseberapa je dik.. anyway, selamat mencuba k!

Anonymous said...

nak tnya.. backdrop curtain belakang tu gantung cmne yee..??

Cik Puan Syeeda said...

Anonymous:
Hai! thanks berkunjung ke blog sy.. actually, itu adalah sliding door. so, curtain itu mmg dibuat utk tutup sliding door. gantung guna rail curtain mcm biase je.

Hidup Haira Je said...

Kak, mohon guna2 info dari sini. Eh, mohon guna..hehe. Last minit pihak lelaki nak tunang.. Nervous and takde idea. Nasib sampai sini. Nampak sket apa nak buat.huhu. Tq tau!! (^,^)

Salam kenal kak.. hehe

Tabung Baby. Please Click :)