Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Tuesday, January 25, 2011

Letih mental. Bukan sakit mental.

Adoii..penatnya badan..mental..dan segalanya. Taktau kenapa, produktiviti saya semakin menurun. Mungkin memerlukan rehat yang secukupnya. Ataupun, gementar memikirkan hal yang satu itu. Heh. 

Hari ini melakukan kerja seperti biasa. Pergi ke pejabat. Kemudian, keluar kawasan. Lepas tu, balik semula ke pejabat.  sambung kerja. then, balik. Sekarang, kena siap-siap sebab malam ini ada jemputan dinner. Wah.. bila nak rehat ni?? Letihnya rasa.. Esok, sambung balik ke pejabat.. bla bla bla.. Pernah tak korang rasa, "ehhh aku nak buat sesuatu yang menarik laa dalam hidup aku?? " Boring.. asyik-asyik ulang benda yang sama. hehe what to do, dah namanya mencari rezeki. Suka ke tak suka ke, kena buat jugak kan. Bila masa dapat gaji, ada korang cakap tak suka?? haha. ok, renungan untuk hari ini.

Ok.. update yang serba ringkas untuk hari ini. Semoga ketemu lagi. Daaa :)

p/s: Jom iron baju. Malasnyaaa..

Saturday, January 22, 2011

My Chenta #3

Nothing much for today. Hari ini encik kekasih cuti. Peluang untuk berjumpa tidak dilepaskan begitu sahaja. Bukan apa, waktu kerja kitorang yang berbeza, dan waktu cuti yang juga berbeza, menyebabkan kitorang tidak mensia-siakan peluang yang ada. Lagipun, hari ini Encik kekasih nak tunjuk sesuatu. Alhamdulilah, beliau ada rezeki lebih. Dah dapat beli kereta yang kini lebih dikenali sebagai "sayangku" oleh beliau manakala saya lebih rela memanggilnya "sang hitam" sahaja. Haha. Orang-orang lelaki sekalian, kalau anda punyai kereta, maka memang anda akan mengabaikan gf / wife kah? Asyik memikir untuk "make-up" kereta saja. Persoalan untuk hari ini.

Baiklah pose untuk hari ini. tembamnyaa ceq. uhuu.


Kitorang pergi makan-makan kat restoran kegemaran Encik Kekasih - Santhai, Jitra. Ohh, makanan kat sini sangat sedap-sedap. Nak tengok kitorang makan apa?? 


Mee Ladna pilihan saya. Sedap!

Encik kekasih memilih nasi putih, tomyam campur & kailan ikan masin.


Makanan kat sini saya boleh gerenti yang kalau anda makan, pasti tak menyesal. Malah boleh datang lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Selepas makan-makan tu, kitorang round-round area Pasaraya Aneka Jitra. Kejap jer aktiviti ngedate hari ini, sebab waktu kitorang keluar pun dah petang.


Ok, malam ini saya nak mulakan hobi lama saya iaitu menjahit manik. Ada baju yang nak dijahitkan. Nanti kalau dah siap, saya tunjuk ya hasil kerja tangan saya tu. ceaa.. semoga bertemu lagi!



Keinginan Melampau.

Sebelas Perkara Yang Saya Teringin Sangat-sangat:

1. Nak kulit yang cantik, gebu, putih, mulus dan lain-lain.

Lately, rasa macam kulit saya sangat sensitif. Kalau salah makan, mesti akan naik ruam-ruam dan lain-lain kegatalan. Perlu ubati. Kan best kalau dapat kulit yang cantik. Kena makan banyak buah oren ni!

Cantik macam dia ni kan best. Pic dari FB Fazura.
2. Nak pakai shawls dan tudung cantik-cantik serta stailo.

Saya memang suka sangat lilit-lilit shawls. Sekarang nih sedang menggila ikuti tutorial di internet especially youtube tentang macam mana nak pakai shawls cantik-cantik. Selalu jugak view pic cik-cik gadis yang cantik pakai shawls nih. Macam Fatin Liyana. Inspirasi. Budak-budak sekarang memang stailo ehh?? Kenapa masa zaman saya study dulu takde pun orang stailo lilit-lilit shawls pegi ke kuliah?? Ohh..dulu takde jalur lebar. Masa tu zaman meningkat naik pen drive. *Sigh*

3. Nak mekap-mekap belog.

Ohh.. saya teringin sangat-sangat nak mekap-mekap belog jadi cantik. its just, i'm not good at it. okeh takpa, saya akan teruskan pembelajaran mencantikkan belog saya ni.

4. Nak pakai kereta yang best.

Dulu minat kat Vios. Tapi selepas acu cuba try test Honda City, terus jatuh cinta! Bila lah nak boleh pakai ehh. Opss, takleh cakap depan sang putih. Nanti dia merajuk, langsung takde kereta nak gerak.

Pujaan. Idaman. Pic dari Google. 
5. Nak sangat-sangat Kucing Keturunan Baby Sandra.

Saya pernah ada kucing kesayangan. Sayang macam best friend. Selalu cakap-cakap dengan dia. Nama dia baby sandra. Tapi sekarang dia dah mati, sebab sakit. Sedih tau. Dia ada tinggalkan anak. Tapi anak-anak dia takde la secomel dia dan sepandai dia. Uhuk. Teringin sangat-sangat nak ada lagi kucing macam Baby Sandra. Miss her so much ;(

6. Nak makan makanan manis.

Kriteria wajib makanan saya mestilah pedas. Tapi sekarang ni, entahla. Asyik teringinkan benda-benda manis je. Macam ABC, cendol, cheesecake, aiskrim dan bla bla bla.

Special Cocktail yang dimakan di Tesco Alor Setar. Sedap juga
7. Nak ada bisnes sendiri.

Saya teringin sangat-sangat nak ada bisnes sendiri eventhou saya dah ada kerja tetap. Semangat nak ada bisnes sendiri tu berkobar-kobar plak bila tengok kawan-kawan buat bisnes tudung, cupcakes, printing and etc. Creative la depa nih. Its just, saya taktau nak buat bisnes apa. Haihh.

Kawan saya, Amal yang dah ada perniagaan tudung. Boleh view page dia di sini 

8. Nak kurangkan rabun.

Kalaulah ada magik, saya teringin sangat-sangat nak kurangkan kerabunan saya nih. Tak payah pakai spek lagi. Tapi, ada orang cakap kat saya, kalau pakai spek nampak macam budak bijak :) haha lol.

Syeeda si budak specky.
9. Nak Dating dengan Encik Kekasih selalu. 

Serius saya cemburu bila tengok kawan-kawan yang bercinta satu ofis dapat keluar makan bersama. Balik bersama. Haihh, I cemburu tau. sebab encik kekasih saya jauh dari saya. Nak dating pun jarang-jarang. Waktu cuti & kerja tak sama. Adik saya si Nini tu hari-hari jumpa dengan buah hati. Dahla satu tempat kerja. Pergi kerja pun sekali. Ohh, saya teringin sangat nak macam tu. tapi apakan daya, tak dapat.

10. Nak Kahwin cepat. 

ye..saya nak kahwin. setiap gadis ada keinginan itu. Tahun ni pun dah 27 tahun. Dah sesuai rasanya. Pelis la kawan-kawan, tolong berhenti tanya saya bila nak kahwin. Kerana ianya buat hati saya tersentuh. Saya memang teringin sangat-sangat nak kahwin. Kalau boleh, nak buat majlis yang meriah.

Cantik kan? Pic dari sini
11. Nak ada baby. 

Kalau teringin nak baby, kena la laksanakan perkara number 10. Kat ofis sekarang nih, kawan-kawan asyik bercerita tentang baby-baby diorang. Well, saya tak tahu nak join sama cerita diorang. Dengar je la. Diorang cakap, best ada baby.

Kalau dapat baby girl, nanti nak beli semua outfit color pink. berangan. 

Bila dapat tunaikan semua keinginan nih?

Friday, January 21, 2011

Diari Hari Jumaat Yang Syurga.

Salam Jumaat sekalian.
Hidup bagai di syurga..wahh sungguh hiperbola. bangun pukul 11.00 pagi. Actually, dah celik mata awal, tapi terpejam balik. hehe boleh camtu?
First thing bila bangun, capai handset.. tengok ada mesej. Encik kekasih. Hurm.. senyum :)
Pastu capai towel, mandi. (takyah la nak update kisah-kisah dalam bilik air kan, cam melampau plak)

Dah siap-siap semua, pergi dapur. Bukak tudung saji, hee ada nasi lemak. Mama Gee dah tung tang tung tang memasak. Dah siap, Gulai Udang, Ayam Goreng Berempah dengan Air Asam. Walah.. mari makan. Sambil-sambil tu makan tengahari diselang-seli dengan celoteh Mama Gee ," Seronok kan jadi puteri. Bangun2 makanan dah siap terhidang." Haha.. saya sengih kerang busuk.Ok, lepas kawen, akan berubah perangai. Janji! I Swear!

Pastu tengok tv..Cerita Korea : Stairway To Heaven. Sedih. Habis cerita korea, sambung lak tengok tv3.. pastu intai-intai facebook. Hurm.. tutup FB, sambung balik tengok tv. 
Now dah pukul 4.00 petang. Mama Gee ajak pi Hotel Regency jam 5.00 petang. Teman dia, ada taklimat apa entah. Ok, baik bonda. Pak Bihi agak busy hari ini. Keluar pergi ajar training bola kat budak-budak Kolej Polytech. 

Ok, fine. Sekarang nak mandi. Nak bersiap-siap. Nak Keluar dah. Jom! Kalau sempat, nak shopping shawls kat pekan satgi. Hee.

Saturday, January 15, 2011

My Chenta #2

***Encik kekasih ada SMS semalam. macam biasa la, dah memang jadi rutin dah berbalas-balas mesej ni. Kitorang memang jarang sangat nak call. selalunya mesej je la pengerat hubungan. cewahhh.  

En. Kekasih : 
Awak.. org ingat nak bukak akaun Facebook lah.

Saya            : 
Hah?? Awak nak berFB pulak?

En. Kekasih : 
Kenapa? Tak boleh?

Saya            : 
Ehh takla. mana da saya cakap tak boleh. Ok je la. Cuma mcm terkejut sikit. Awak tu, tak pernah pun nak "bother" pasal FB ke emel ke.. sebelum2 ni?

En. Kekasih :
Hurm. Dah tengok awak cam asyik sgt dengan benda2 tu. Saya pun nak ada la jugak.

Saya           :
Ohh.. camtu? Ke awak nak pantau-memantau saya nih??

En. Kekasih :
Haha. Itu pun ada niat la jugak. Takpala, nanti kita leh FB selalu! (dengan excitednya)

Saya            :
Hehehe (gelak macam paksarela jugak la.. ye arhhh abis la pasni semua kena kontrol..)

En. Kekasih :
Hurmm.. meh nama facebook awak.

Saya            :
Erm erm..

En. Kekasih :
Aihh.. kenapa macam taknak bagi?

Saya            : 
Ehh, takla. ok2.. orang pakai nama org la. Syeeda Sobbihi.

En. Kekasih :
Haha. ok2, nanti saya view awak tau! (sekali lagi, dengan excitednyaa)

***Oh Ho! Habis la, kali nih banyak post or shout kat wall FB ku tu perlu ditapis & diperhalusi sehalus-halusnya.. kalau tak, abisla.. kalau korang nak tau, encik kekasih saya ni kuat membebel.. nanti dia bebel2 sampai saya pitam. *** 

Hope this relationship would be much better each days..

Ready Made Husband or Custom Made Husband??

Ecewahhh bunyi nya macam nak tempah baju kurung la pulak.. ready made custom made.. Actually camni.. I (ckp I you I you plak sebab tajuk nye english kan..hak hak..) ok, sambung balik. I pernah diterjah dengan soalan camni suatu ketika. Haa, ingat Fasha Sandha je ke kena terjah dengan melodi pasal isu berbikini.. I pun diterjah jugak tau.. tapi bukan dengan melodi laa kan.. haha.  ni pasal "ready made husband" dengan "custom made husband". Mana satu jadi pilihan? Sekarang, I terjah u all pulak, especially cik-cik gadis, boleh laa jawab. Kalau encik-encik jejaka nak komen pun, akak izinkan. ceaaa.. 

Begini situasi nyaa ye cik-cik gadis:
Kalaula anda ada dua pilihan. dalam erti kata lain, dua calon suami.
Mari kita lihat calon-calon kategori nya (style cakap macam Anugerah Bintang Popular)

READY MADE HUSBAND 
Ciri-ciri & spesifikasi:
1. nak kata handsome tu, tak jugak! nak kata comel, tak jugak! manis?? boleh laa.
2. usia ?? senang cerita, lagi tua dari you laa..
3. kaya. kereta nya stok yang besar-besar aja. (sila bayangkan, BMW, Mercedes etc..dan bukan lori) rumah pun besar-besar. banglo mewah.
4.duit banyakkk sangat. kad atm bank ada sampai sepuloh dua puloh. kalau kredit kad tu, 10 pun boleh bagi   kat you!
5. venue dating - restoran mahal2 la.. duit berlambak2.
6. nak pergi bercuti?? london? paris? takde hal punya!
7. tapi, kalau kahwin dengan dia, confirm you yang number 2 ataupun 3 ataupun mungkin yang keempat! heh. orang putih cakap, " Sharing is Caring".

CUSTOM MADE HUSBAND
Ciri-ciri & spesifikasi:
1. handsome gile! muka macam remy ishak.. body macam fahrin.. senyuman semanis hans isaac!
2. usia?? muda la.. sebaya..
3. kereta biase-biase je. buatan malaysia.
4. rumah?? tak beli lagi.
5. duit? sikit. kadang-kadang tak cukup. silap haribulan, dia pinjam lagi duit kat you. ngeh2.
6. venue dating - warung je la yang mampu.
7. kalau nak pegi bercuti/ honeymoon nanti - dalam malaysia je ahh. habis jauh, danok, thailand.
8. tapi kalau kahwin dengan dia, confirm2 kau yang pertama & terakhir.

Okey, boleh laa buat undian sekarang. yang mana jadi pilihan??


Syeeda Sobbihi pilih yang ini je la. Katakan tidak, pada yang lain. Heh

Sunday, January 2, 2011

Menjengah Kandang Kerbau di Buffalo Park, Pulau Langkawi

Pada tanggal 29 Disember 2010 yang lalu (bunyinyaa macam permulaan karangan darjah 6..takpa, mari teruskan), saya telah dipanggil untuk menghadiri kursus di Langkawi. Saya merasakan bahawa ini adalah peluang terbaik untuk saya yang bukan sahaja dapat memantapkan pengetahuan dengan berkursus malah boleh bercuti-cuti Malaysia juga. Baiklah. tiba masanya untuk saya ceritakan kisah percutian-kerja saya. Mari mulakan. Kita ke KANDANG KERBAU. jom! 

BUFFALO PARK - 30 DISEMBER 2010 

Saya & rakan-rakan sampai di buffalo park pada pukul 5.30 petang. Masa tu hujan rintik-rintik air bergelora menyambut kedatangan kami. Kami berhenti di persimpangan masuk ke ladang, sebabnya bas tak dapat memasuki lorong tersebut disebabkan jalannya yang sempit. 

Signboard Buffalo Park di lorong masuk 
inilah dia lorong yang nak masuk ke ladang kerbau tu. 
Kami terpaksa menunggu van sewa yang akan membawa kami masuk ke dalam. 

macam tunggu bas nak pi keja kan?? he 
Sesampainya kami di ladang tersebut, kami diberikan taklimat oleh pegawai bertugas. Buffalo park ini adalah di bawah pengurusan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Langkawi. Pada asalnya, tempat ini dijadikan tempat untuk membiakbaka kerbau-kerbau. Sekarang, ianya dibangunkan sebagai Agrotourism park. Di samping membiakbaka, JPV juga turut mengendalikan pusat pemprosesan produk berasaskan susu kerbau, juga ditempatkan di ladang ini. 

ni laa produk-produk dari susu kerbau
Selesai taklimat, kami diberikan peluang untuk merasa dan menikmati sendiri produk-produk dari susu kerbau yang terdiri daripada susu kerbau asli, dadih dan mozarella cheese. Makanan free, sapa nak tolak kan?? hee 

dadih dari susu kerbau.. sedap! 
mozarella cheese yang dimakan dengan roti.. sedap! 
Selesai makan-makan, tibalah ketikanya untuk menjenguk kerbau-kerbau di kandang. Kami memberinya makan rumput napier. Nampaknya sang kerbau begitu teruja dengan kedatangan kami. 

kerbau yang pandai posing! comel. 
makan rumput napier dengan enak sekali.. 
Selain daripada aktiviti memberi makan pada sang kerbau, pengunjung yang datang ke sini juga boleh buat aktiviti menunggang kerbau. Cuma, kami tak buat la. sebab hari dah nak maghrib. 

itu charge bayaran yang dikenakan kalau nak tunggang kerbau, ok. 
Hari dah semakin gelap. Kami pun pulang ke tempat penginapan dengan hati yang puas kerana dapat tengok kerbau. 

makan aiskrim perisa kerbau  diperbuat daripada susu kerbau
p/s : semalam (1.1.11) cerita tentang buffalo park nih masuk MAJALAH 3.. 

Bergembira Secara Gile di Tahun Baru 2011..

Hai semua kesayangan-kesayangan! 1.1.11 disambut dengan hari yang penuh kegembiraan oleh saya, walaupun tanpa encik kekasih.. :(  Nak buat camne, beliau sibuk dengan kerja. Jadi, plan untuk bergembira kemarin, saya dan adik-adik kesayangan pergi karaoke! Dah lama i tak karaoke U.. hehe rasa release jer semua masalah and tension2 kat opis tu bila dapat melalak.. hehe nampaknya, permulaan yang sangat menggembirakan pada tahun 2011 ini! Yes, i likkeeee! 



Ini lah dia muka-muka yang akan menyumbangkan lagu-lagu yang ada sebentar lagi..ehehe

Mai kita warm up dulu..
Puas hati dapat nyanyi 6 laguu..hehe tak kira ahh sumbang-mambang ke apa..yang penting happy.. :) 

video

Yer.. saya tau saya over..hahaha whatever it is.. I really had a good time yesterday with all my brothers & sisters .. ! Love u all dear.. nanti bile free, kita pi lagi naa adik2 ku..

p/s kepada encik kekasih:
hehehe..sorry yer awak..terlebih sudahh! jgn marah naa :p

Tabung Baby. Please Click :)