Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, May 28, 2011

MAHA Youth 2011


Hai Peeps! sekarang saya berada di Putrajaya sempena Program MAHA Youth 2011 yang berlangsung berikutan Perhimpunan Sejuta Belia.. Jom sama-sama memeriahkan karnival ni.. kalau datang sini, jangan lupa singgah booth kat atas yer.. Macam-macam ada.. petang nih ada fesyen show.. hehe japgi mesti nak lepak situ! 

Peace from Putrajaya! 

Wednesday, May 25, 2011

ayuh gegarkan putrajaya!

Berita baik untuk semua beliawan dan beliawanis negara. Eceeaa. Marilah kita sama2 gegarkan putrajaya minggu ni sebab ada byk program-program best menanti sempena perhimpunan 1 juta belia bersama PM. For those who are interested with agriculture business, you are invited to MAHA Youth 2011 at Presint 3, Putrajaya which will be held on 26 - 30 may 2011. Banyak infos yang boleh anda dapat kat situ. Selain itu, ada jugak jualan2 produk industri asas tani yang dikeluarkan usahawan2 belia dan siswazah. Jika nak dapatkan tips2 untuk menjalankan perniagaan berteraskan pertanian, bolehlah berkunjung ke booth2 jabatan/ agensi yang disediakan. Akhir kata, pertanian menjana ekonomi negara. Cewahh. Well, meet u at putrajaya peeps!

<3 LOL <3
Syeeda

Sunday, May 22, 2011

Hari Lahir Adik Bujang Busuk Lalalitamplom

Semalam hari jadi adik bujang si bongsu ku - matsolihin.. Hari ni pulak genap umur adik bujang Fukurie ataupun lebih dikenali sebagai Xidongx kepada 25 tahun. Nak tau kenapa dia dipanggil xidongx? Ce tengok kat hidong dia. Hee 

..Lebih kembang daripada biasa..

Selamat harijadi yang ke-25 adik kakak yang malas gosok gigi. hehe. Semoga kamu sentiasa murah rezeki dan dapat job dengan cepat K. Kalau dapat kumpul duit dengan banyak, jangan lupa bayar hutang-hutangmu padaku. Haha. Last but not least, semoga dapat mendirikan rumahtangga dengan insan tersayang. Ecehh. Sure kalau hang baca nih, hang sengih sampai menjadikan hidungmu mengembang ke telinga kan? kan kan? 

Model banjir 

The FukuNik 

p/s : Sapa-sapa yang tahu ada vacancy as IT/computer technician area KL, please inform me k. Thanks. Sayang koranggg ~

Saturday, May 21, 2011

Hari Lahir Adik Bujang Nan Bongsu

Hari ni dah genap umur adik 17 tahun. Tapi layanan kitorang semua kat dia masih seperti baru berusia 10 tahun. Hehe. Mungkin sebab dia anak yang bongsu. Sebab tu manja dan nakalnya menjadi-jadi. 

Saya suka sangat gaduh dengan dia. Sebab..sebab..entah..memang takde sebab pun. Tapi nak gaduh jugak. Lepas tu kami baik balik. Jadi geng. 

Untuk adik kesayanganku, Solihin..Selamat Harijadi yang ke 17 tahun. Dah besar dah adik kakak eyh.. Dah ada  girlfriend pun..tapi bancuh milo pun tak reti-reti lagi. Hahah. Dengan meningkatnya umur kamu nih, harap kematangan kamu pun meningkat. Jangan nakal-nakal. Paling penting, tahun ni kena study lebih untuk SPM. Kalau score, abah cakap nak bagi Netbook kan?? Heee kalau kamu nak DSLR dari kakakmu ni, kena la score SPM. :) Sayang kamu banyak sangat walaupun kamu suka cari pasal. 

Happy Birthday Adik! 

#2 : Bride-to-be Preparation

Wedding Theme

Saya dan Encik Tunang telah pun memilih wedding theme untuk resepsi di rumah masing-masing. Harap-harap tak ubah fikiran dah. haha. Therefore, as for me, i rather choose blue turquoise plus pink while he likes apple green and white to be his colour for his side. 

blue turquoise plus pink for my side

apple green and white for his side

Just for an update, saya dah pun selesai menjalani Kursus Pra-Perkahwinan. Hmm, Encik Tunang je belum hadir lagi. Sekarang ni, saya dah jadi reminder dia dah. Hari-hari remind suruh attend Kursus. Hee :) 

p/s: Hope angan-angan ini jadi kenyataan. 

Sunday, May 8, 2011

Sayang Mama Sangat-sangat

Saya, Cik Syeeda Sobbihi, ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama saya yang dicintai Pn. Fauziah Din a.k.a Mama Gee.. dengan ucapan sayang mama sangat-sangat hingga ke hujung nyawa ku.. mmuahhhhh =)

Terima kasih kerana melahirkan saya ke dunia ni, membesarkan saya dengan penuh kasih sayang yang tak ternilai harganya serta mengiringi kehidupan saya dengan doa dan restu yang tak pernah putus sehingga menjadikan saya sebagaimana saya hari ini.. Terima kasih di atas segala-galanya Mama!

Ini lah mama kite..lawa kan dia??

Ye saya tau..dia memang lawa daripada saya..

Kami jugak berkongsi sambutan harijadi..she's on 25th December while i'm om 26th December 

We love you so much mama!! 

Selingan monolog dalaman:
ehh, boleh tuju lagu tak?? tak bolehhhh! ApaaaPunnTakkkBolehhh! haha..tiba2 tersampuk jin jambu Maharaja Lawak.

Sunday, May 1, 2011

#1 : Bride-To-Be Preparation

Selamat Hari Pekerja kesayangan-kesayangan semua!! dan yang paling penting selamat bercuti. Dah 3 hari cuti nih, mampukah bekerja seperti biasa esok hari?? Ok, sila berfikiran positif. Selamat kembali bekerja buat syeeda sobbihi di esok hari. 

Waktu cuti cenggini tiada apa yang lebih menarik melainkan berlibur.. ceaaa bunyi nya macam budak baru masuk umur 18 tahun nak berjinak-jinak dengan kelab malam pulak.. hee 

Encik Tunang says :: Jom Berlibur-libur buat preparation majlis kite :) 
Hari nih baru dapat ketemu encik tunangku. Plan hari nih, attend kenduri kawan sekolah saya, Hartini. Selamat Pengantin Baru Tinie! Dia punya wedding theme, colour biru. Nice :) Hurmm, it seems like blue is one of my favourite colour on the list as my wedding theme.  

Mengambil berkat dari Tini.. ngeh ngeh.. 
Lepas makan kenduri (nom..nom..nom.. macam dalam cafeworld FB), we're heading to Butik Pengantin D'Kasih. Kitorang hantar kain persalinan akad nikah untuk dibuat baju. Sebelum nih, memang saya dah survey butik mana yang sesuai untuk saya mengupah baju persalinan nikah. Bukan baju saya sorang je, baju encik tunang sekali perlu diupah jahit. Nampaknya, D'kasih nih memenuhi ciri-ciri yang saya cari. Design yang cantik, offer dan bajet yang berpatutan serta paling penting customer service yang best. Pekerja-pekerja butik ni peramah dan boleh bertoleransi. As for my reception day, i'm still not confirm yet which boutique should i choose. Any suggestions?? Dalam sebulan nih, saya target untuk survey butik pengantin untuk dapatkan pakej yang saya suka. 

Ohh ya, nak citer gak yang saya dah pun mendaftar Kursus Kahwin. Baru minggu lepas, saya pergi daftar di Pusat Dakwah, Alor Setar. Insyallah, 14 - 15 Mei ni saya akan attend kursus tu. Encik Tunang maybe akan attend kursus di area Sungai Petani. hu :(

Ok, itu saje update kali nih.
So, Status wedding day preparation saya :
-  Kursus Perkahwinan (Telah Daftar)
-  Persalinan Nikah (In Progress) 

Tabung Baby. Please Click :)