Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, April 14, 2012

Preggy Diary 2: Perubahan

Setelah dua bulan mengandung, i dapati yang diri i mengalami sedikit perubahan. Even, my encik hubby pun noticed benda nih. Orang tua-tua cakap, benda ni merupakan kebiasaan la bagi orang yang mengandung. Kadang-kadang, perkara yang kita suka sebelum kita mengandung menjadi benci @ tak suka pulak waktu kita mengandung ni. Well, i cuba membiasakan diri sekarang. 

1. Pening, mual, loya & muntah di waktu pagi
Yang ni la yang dinamakan morning sickness. Tapi, i ni kekadang bukan setakat morning je lagi. Kekadang sampai ke malam sicknessnye. Apa yang i cuba buat ialah mula biasakan diri. Bangun dengan perlahan. Kalau nak muntah pun, reda je la. Inilah pengalaman baru bagi ibu mengandung & tak mungkin dapat dialami oleh orang lain. 

2. Cepat lapar
Sekarang kan makan untuk berdua. I akui memang cepat lapar. Kalau lapar tu, sampai nak gaduh2 dengan encik hubby kalau lambat bawak keluar makan. Hee nasib baik beliau memahami. Tapi, i makan dalam kuantiti yang sikit je but KERAP! selalu spare biskut, kurma & coklat ferrero roche dalam handbag. Kurma dapat bagi tenaga dan cepat hilangkan rasa lapar. 

3. Memilih makanan 
Dulu, i bukanlah jenis memilih sangat. Semua makanan pun i sebat je. Tapi sekarang ni, mungkin sebab hilang selera sebab tu i jadi lebih pemilih dan cerewet. Makanan berminyak memang takmo la. Bukan apa, baru masuk je makanan tu dalam mulut, nanti dah "bluwek" balik. Kan ke rugi tu. 

4. Suka buah dan sayur
Sekarang ni, i memang suka makan buah seperti oren dan epal. Suka sangat. Sebab boleh hilangkan loya kot. Doktor pun memang advise banyakkan ambil buah dan sayur. Jus buah-buahan memang kegemaran la sekarang. Teh ais, nescafe ais semua tolak tepi. 

5. Tak suka merias diri 
Sebelum mengandung, memang i suka bermekap dan pakai baju cantik-cantik. hehe tapi sekarang ni, alamak malasnya.. sometime, baju pun rasa malas nak iron. Encik hubby pernah tegur supaya pakai lawa-lawa bila nak keluar berdua dengan dia. Tapi entahla. Memang i rasa takde selera nak melawa kot. I just pakai bedak baby johnson je kat muka tu. lipstik pun i tak calit dah kat bibir. Baju pulak mesti nak yang besar-besar je. No cutting2 lagi. Tudung pun mesti nak yang segera punya. Tak kuasa i nak lilit-lilit shawls lagi. And yet, say no to heels! 

6. Cepat panas
I memang cepat rasa panas sekarang. Mungkin sebab perubahan hormon. Kalau encik hubby sengaja matikan aircond waktu tengah malam, memang cari gaduh la jawabnya. Sebab i rasa sangat tak selesa. 

7. Perubahan fizikal
Kalau orang lain makin naik badan masa mengandung, i pulak semakin kurus. Mungkin masih dalam phase morning sickness. Tunggu je la nanti badan naik. Perut pun masih belom nampak boyotnya. 

Tu lah perubahan-perubahan yang i alami sekarang. Apa-apapun i bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan i kesihatan yang semakin baik sekarang. Inilah pengalaman yang i akan ingat sampai bila-bila. Kesusahan yang dihadapi masa mengandung ni membuatkan i insaf dan sedar akan kepayahan Mama Gee mengandungkan i dulu. I love you Mama. (", ) 

11 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

nanti jgn lupa ambik gambo ye...musti cumel kan....

dik dlm pantang nanti jgn lupa minum kopi ahkak ye....

Cik Puan Syeeda said...

Kak D:
malu nak amik gambar..hukhuk
kopi leh minum dlm pantang ke?

Unknown said...

same la kite... T__T

Cik Puan Syeeda said...

mynameismy:
kite leh jadi geng bas sekolah ler camtu.. hehe.. my jaga diri baik2 tau..

SN said...

mmg bnyk yg akan berubah ye? heee

x kawen lagik >.<

Puan kasih hatiku said...

memng byk perubahan.. teringat masa sy mengandung dulu.. tp bukan rezeki sy tuk baby terus berada ngan sy.. pape pun salam kenal dr sy..:)

tc..

Unknown said...

tahniah m2b.......^_^. Masa mengandung sy sgt mencabar... morning sickness till 4 months...

Cik Puan Syeeda said...

cik kasih hatiku:
sabar ye.. sy doakan awk dikurniakan rezeki secepat mungkin! aminnn..

Cik Puan Syeeda said...

tasha:
erm.. berubah cmtulaa.. hehe

Cik Puan Syeeda said...

geez:
yeke?? sy dh masuk bulan yg ketiga ni.. still ada lg morning sickness.

Nik said...

wah..best nya dapat merasa pengalaman mengandung :)

Tabung Baby. Please Click :)