Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Thursday, October 7, 2010

Bertemu Kembali Di Kalbu

Salam. Hai semua-semua. Haha. Tajuk entry tu sangat geli kedengaran kan? Saja jer nak letak camtu. Macam tajuk lagu penyanyi yang suka letak mikrofon kat mata..cuba teka sapa?? hehe..Jaclyn Victor! By the way, suara dia sedap. 

Oh, baru sekarang dapat update belog. Guess what? banyak yang berlaku sepeninggalan saya dari mengupdate belog nih. Hmm.. 20 - 26 September hari tu, saya ditugaskan ke Yantai City, China. Urusan kerja, bukan bercuti. Anyway, pengalaman yang baru, menarik dan sangat best. Nanti saya update! eh jap jap.. nak tunjuk gambaq sikit. 

hehe. ni gambar waktu jalan-jalan di china. 
saja je pakai baju kurung, 
nak tunjuk kat rakyat china baju kebangsaan kita. 

Balik je dari China, kena ambil exam PTK pulak. memang tak sempat nak rehat. dah lama tak exam, rasa macam budak sekolah kembali. Hehe. Baru abis ujian bertulis PTK. nanti ada sesi group discussion & presentation prestasi. Then, submit paperwork lagi. Apa pun persediaan tak buat lagi ni..Relax2. Saya memang suka buat kerja di saat2 terakhir. Sila jangan tiru saya ye. 

Ok, sekarang saya berada di Kuala Lumpur tercinta. Esok kena attend seminar di Putrajaya. Lusa pulak, ada program Wellness Exhibition di PWTC. Oh ya, projek cuka nipah saya pun masuk program promosi ni. Jadi, ini adalah sesi turun padang saya lah. 

Baiklah, itu saja untuk hari ini. Bakal update cerita di Yantai City, China very soon. He2 hopefully! 

No comments:

Tabung Baby. Please Click :)