Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Tuesday, July 10, 2012

Preggy Diary 6 : Scan Baby

Hari ni i ada appointment dengan klinik kesihatan. Usia baby dalam kandungan i dah cukup 24 weeks minggu nih, which means baby dah 6 bulan! I dan encik hubby sangat excited nak tau baby kitorang nih gegurl ke boboy. So, hari ni memang dah berniat nak scan jantina baby. Unfortunately, bila i pegi appointment kat KK, misi cakap hari nih tak perlu jumpa doctor. Sedikit kecewa di situ. Tapi takpe, i still doing routine monthly check up macam biase. Check tekanan darah..gula dalam air kencing.. timbang berat badan.. check blood pressure.. Misi cakap OK! semuanya ok. Alhamdulilah. 

Lebih kurang 2 jam i kat KK.. standard la kan. Siapa yang selalu check Klinik Kesihatan Kerajaan nih mesti dah tau kan yang check up selalu ambil masa yang lama. Ramai orang. Dah free, mestila ramai orang. So, selesai saja check up kat KK, encik hubby yang passionate sangat nak tau jantina baby nih, ajak i pegi klinik INS Specialist.. Pusat Perubatan Ibu & Bayi swasta yang agak popular kat Alor Setar ni. I pun excited gak nak tau jantina baby.. so, i ikut je la cadangan beliau tu. On the way ke INS Specialist, i cakap-cakap dengan baby. Baby,, mummy dengan papa nak tengok baby nih.. baby tunjuk tau baby gegurl ke boboy.. nanti senang mummy nak beli barang baby.. hehe lebih kurang camtu ler i cakap. I dapat rasa baby gerak2.. hikhik dia respon kot. syokk sekejap. 

Sampai saje kat INS Specialist, i pun register. Misi kat situ tanya, nak jumpa doctor mana. Wah, siap boleh pilih lagi ni.. best2.. I pilih nak jumpa Dr. Anuar. Doctor nih memang popular jugak kat Alor Setar. Kebanyakan member i jadi patient dia. Depa cakap doktor nih best. Kurang daripada 1/2 jam, nama i dah dipanggil masuk jumpa doctor. Doktor tanya ade masalah ke..ape nak buat hari ni.. so, i cakap, sy nak scan..nak tgk baby. Dia kata.. ok, jom. 

Result Ultrasound 
Doktor pun scan perut i. I tgk skrin..wah canggih2 ni.. siap ada colour2 mesin ultrasound dia.. hehe jakun sekejap. Selalu scan kat KK, black and white jerrr... Doktor cakap.. Hmm baby you, tutup muka la.. Maybe dia malu.. i ngan encik hubby sengih jer.. 

See... nampak tak baby tutup muka dengan tangan dia? hikhik
pemalu macam mummy kot
Gambar baby kat bahagian kaki

Doktor klik2 lagi.. i dah tak sabar nak tau ni.. baby girl ke boy.. and finally, Dr. Anuar cakap..ok, confirm baby u perempuan. dalam hati i, yes...baby geng ngan mummy! I dah imagine nak beli banyak baju pink yang ada renda2 & ropol2 untuk baby. hehe I tengok encik hubby.. dia senyum je. dah puas hati kot dapat tau jantina baby.. Actually, kami tak kisah sangat pun ape jantina baby.. yang penting baby sihat.. dan alhamdulilah doktor cakap baby i berada dalam keadaan sihat. 

Hari ni memang senyum sepanjang hari sebab dapat tengok baby! :) 

3 comments:

ainnoraini said...

Sekejap dh membesar bb tu kan...mesti aktif dia kt dlm pewutt mamanya tuu..,

Tetiba mcm rasa nk ada bb la pulak nii...

Puan Simply Syeeda said...

ainnoraini:
msa cepat berlalu.. sy pun xsangka cepat sgt bb dah besar. hehe ain pun tambahla bb :)

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Tabung Baby. Please Click :)