Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, July 8, 2012

Wedding Review 2 : Bride's Reception

Hai semua! i rasa terpanggil pulak untuk continue my wedding review. Al-maklumlah, baru buat satu siri je wedding review hari tu. Ahaks.. dah 7 bulan kahwin, plus perut pun dah memboyot, baru nak review lagi kan kan kan? jangan marah arh.

So, this is a simple review of my reception. ianya pada 22.12.2011 di fajar istana cinta, alor setar. kenduri rumah i nih memang dibuat sehari selepas akad nikah. itu kemahuan pak bihi & mama gee. coz, kitorang berpendapat biar letih sekali harung je. hikhik. dan hari kenduri tersebut diadakan pada hari khamis. i nak ucapkan terima kasih byk2 kepada semua yg sudi dtg ke hari bahagia i ni. maaf kalau ada yang kurang ye. maklumlah, ni kenduri pertama bagi family i. so, mesti ada cacat celanya kan kan kan? 

Flow majlis resepsi i nih simple saje. Majlis marhaban start pukul 10.00 pagi. Then, about 11am, orang dah mula datang. Dah boleh mula makan kenduri dah masa ni. Pastu, pukul 1.30 camtu, rombongan pengantin lelaki sampai. Alhamdulilah, rombongan en.hubby ni on-time. sentiasa menepati masa! lepas tu, ada majlis persandingan dan upacara merenjis. Family kedua-dua belah pihak dipersilakan merenjis sebagai tanda merestui pengantin. Selesai saje majlis persandingan, acara makan beradab pula menyusul. Frankly speaking, masa nih, i ngan en.hubby memang lapar. tapi makan cover2 la. kan namanya pun pengantin. Sejurus selepas makan beradab, kitorang adakan upacara memotong kek perkahwinan. Then, kek dan cupcakes tersebut diedarkan kepada tetamu-tetamu yang hadir, especially kanak-kanak la. Selepas tu, sesi melayan dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Masa nih la sesi fotografi pun bermula. Pukul 5.00 petang camtu, i dan en.hubby pun bergerak ke lokasi outdoor untuk sesi fotografi outdoor. Kitorang ke Tanjung Chali, Alor Setar dan Restoran Spring Leaf. Semua lokasi ni diatur oleh official photographer. Kitorang ikut jer. Kenduri tamat jam 6.30 petang. Tapi ada gak tetamu yang datang malam, sebab tak dapat datang waktu siang. I terharu sangat sebab my boss sanggup datang malam tau, even i tau, beliau ke kl pada hari tersebut sebab ada urusan kerja. Tengok-tengok, pukul 9.00 malam camtu, beliau sampai ke rumah i. Thanks ya encik boss. Sekarang, tiba masanya untuk melayan gambar-gambar. Jom. 


Selamat Datang ke Majlis Perkahwinan Syeeda-Hasni
Menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki 
My beloved daddy a.k.a Pak Bihi merenjis i & en.hubby 
My Family

Sesi Makan Beradab bersama family encik hubby

Memotong kek.. nyam-nyam tengok kek nih
Tetamu yang hadir.. terima kasih semua!! 

Tetamu kehormat, YB Menteri Besar Kedah 

sesi fotografi ngan orang kuat majlis

7 comments:

Unknown said...

warna biru muda dan soft pink. cantik !!

Cik Puan Syeeda said...

anaztasias nora aira:
thanks! dua2 my favourite colour. hehe

sugar2 kapas strawberry said...

wah tema pink biru! my sis punyer tema utk her wedding thn ni pink putih

kaklong said...

MMG TAHUN 2011 - pink + blue...

tp tahun 2012- purple...! kan? nice dresss.....i like

Cik Puan Syeeda said...

sugar2 kapas strawberry:
pink putih pun nice.. sgt pure!

Cik Puan Syeeda said...

kak long:
thanks kak long. dress u pun cantik!

Unknown said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Tabung Baby. Please Click :)