Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, September 8, 2012

Preggy Diary 8: Mak Bidan Vs Doktor

Ini pengalaman pertama i jumpak mak bidan. Of course i memang tak pernah tau pun pasal bidan membidan nih. Sehinggalah mak mertua i ajak ke rumah mak bidan untuk tengok keadaan baby dalam perut i. Masa tu baby berusia 7 bulan ++ dalam kandungan. Kata mak mertua i, memang kebiasaannya orang yang mengandung 7 bulan perlu jumpak mak bidan untuk tengok kandungan ok ke tak. Tambahan lagi kalau mengandung anak sulung. Jadi i nih taknaklah bantah cakap orang tua-tua kan. (tambah lagi ibu mertuaku) jadi, i ikut je la adat tradisi ni. 

Masa jumpak mak bidan, apa yang dia buat, dia mintak i baring, then tengok perut i. Dia urut. Sakit jugak masa nih sebab dia tekan-tekan perut i. Masa ni dia cari kat mana kepala baby, nak tau kedudukan kepala baby. Mak bidan cakap perut i membulat elok.. tu tandanya baby girl. Mengikut dia, kepala baby dah turun ke bawah. Yelah dah nearly 8 months kan. Baby sedang buat persediaan nak keluar le. Alhamdulilah, dia cakap kandungan dalam keadaan baik. Air ketuban pun semua ok, cukup. Lega i dengar. Sebelum i balik, mak bidan bagi i dua botol air. Lebih kurang air penawar camtu. 1 botol untuk mandi, 1 botol lagi untuk minum masa kandungan dah berusia 36minggu. Untuk memudahkan bersalin dia cakap. Bedak sejuk pun dia bagi. Yang ni kena sapu kat muka dan perut. Mak mertua i cakap nanti mak bidan ni la yang akan urut i masa dalam pantang. I must get ready, masa dia tekan perut i pun dah rasa sakit jugak nih. Agaknya camna la kalau dia mengurut? Ohh mental kena kuat! 

Hari ini i saja tergerak hati nak scan perut i, nak tengok baby. Plus, dah cukup 32 minggu (8 bulan). So, i dengan encik hubby ke Klinik Puan Dr. Ganga kat Tandop, Alor Setar. Ramai sangat orang kat klinik hari ni. Memang famous la doktor ni. I dengan encik hubby dengan sabarnya tunggu giliran hampir sejam lebih. Lega bila sampai giliran i. Doktor scan perut. Nampak baby gerak-gerak. Doktor kata baby dalam keadaan baik. Alhamdulilah semuanya ok termasuk kedudukan baby, uri dan kandungan air ketuban i. Sekarang ni, apa yang bermain di fikiran i, just nak bersalin dengan selamat dan tak sabar nak menatap wajah baby! Ada sebulan lebih lagi nak tatap wajah anak i. 


Excited sangat! Barang-barang baby dah siap packing. Beg baby untuk bawak ke hospital pun dah ready. Tinggal barang mummy nye je yang belum packing. Sekarang ni, i tengah survey2 nak beli breast pump ni. Taktaula nak beli yang mana. Manual ke elektrik ke.. Blur sekejap. Bajet pun xseberapa. Mommy2 to be sekalian got idea tak? bantulah i pelis ~

4 comments:

Mama Tunggal said...

WAHH best dia dah ready untuk bby..wuwu btw gud luck taw...hehe

Puan Simply Syeeda said...

Mama tunggal: nervous nih. Ada lg sebulan. Doakan i ye!

Syima Syaz said...

budget brp nk beli bp?

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Tabung Baby. Please Click :)