Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, September 14, 2012

Preggy Diary 9 : Persediaan Untuk Breastfeeding

Assalamualaikum dan hai semuanya! I sekarang dah 33 weeks pregnant. Alhamdulilah, persiapan menyambut baby dah 95% siap. Beg ke hospital yang merangkumi barang-barang baby dah pun siap packing dan diasingkan. Cuma beg i je yang belum siap packing. Target minggu ni jugak akan siap2 packing beg i. 

I dah berniat yang nanti kalau boleh i nak menyusukan baby i dengan susu badan (breastfeeding). Harap-harap sangat niat i ni dapatlah ditunaikan. Sepertimana yang kita tau, susu ibu kan susu yang paling terbaik di dunia..banyak kebaikan yang baby dapat kalau dia minum susu badan. Ni pun based on apa yang i baca. Kalau baby bf, ianya dapat melindungi baby daripada jangkitan penyakit. Plus, hubungan kasih sayang baby dengan ibu akan jadi lebih erat. Ini yang menguatkan azam i nak bf baby ni. 

Jadi, sebagai persiapan awal, i dah listkan apa yang patut i buat untuk bf my baby. 
  • Niat- orang cakap kena tanamkan niat awal-awal untuk bf baby. Insyallah nanti, ada la susu untuk baby. 
  • Knowledge - sekarang ni, i dah mula menjinak-jinakkan diri dengan pembacaan tentang penyusuan ibu. Baca dari internet.. pamphlet.. dan bertanyakan orang yang berpengalaman
  • Bersedia mental - kena kuatkan mental sebab dari apa yang i baca, bf bukan sesuatu yang senang tau. 
  • peralatan untuk support bf  - nanti masa dalam pantang, memangla i akan direct feeding my baby. but,  dari apa yang i baca, peralatan untuk support bf seperti breast pump memang kena ada. baby minum susu sikit je masa permulaan, selebihnya banyak tidur. but susu perlu dipam jugak untuk kosongkan breast. Kalau tak, nanti akan terjadilah simptom bengkak susu. 

Antara keperluan peralatan asas yang i beli sebagai persediaan untuk bf ialah:

1. Breast Pump 

Dalam entry sebelum ni, memang i clueless nak beli breast pump jenis apa. Ye lah kan ni my first experience. Banyak yang i xtau, banyak yang nak kena cari infos. I decided to choose manual breast pump. Sebab rasanya pam camni lebih simple. Plus, kerja i pulak banyak nak kena travel ke sana ke sini. Jadi, i rasa manual pump maybe the right choice. Untuk permulaan, i pilih untuk guna brand Anakku terlebih dahulu. Sebagai percubaan kan. Based on pengalaman kawan dan officemate i, pam manual anakku ni berfungsi dengan baik jugak. Nanti bila i dah start guna, bolehla i review macam mana function pam ni. 

2. Storage Bottles

Bila dah pam susu tu, mestilah nak kena ada bekas nak simpan. So, untuk simpan susu ni, i pilih storage bottles brand Autumnz. Difahamkan susu yang telah dipam mesti disimpan di dalam freezer. Nanti-nanti i rasa nak beli storage bags la pulak. Kalau guna storage bags, boleh jimat ruang freezer. 

3. Cooler Bag & Reusable Ice Pack 

Dua-dua benda di atas ni penting jugak. Especially bila kena travel. Cooler bag ni merupakan tempat simpanan susu yang dipam bila time tiada freezer. Caranya mudah saja. Just letakkan storage bottles dalam beg ni bersama-sama dengan ice pack. Ice pack ni bertujuan untuk menyejukkan susu. Difahamkan susu yang disimpan dalam cooler bag boleh bertahan sehingga 14 jam! 

4. Nursing Pad 

Nursing pad perlu untuk mengelakkan susu lebihan yang mengalir keluar dari breast, membasahi baju. 

5. Feeding Bottle 

Susu yang disimpan dalam bentuk beku tu dipanggil expressed breast milk (EBM). In case kita nak feeding baby, EBM yang beku tu akan dicairkan dengan direndam dalam air suam/panas. Bila dah cair, boleh la tuang susu tersebut ke dalam feeding bottle. Untuk my baby, i prefer to choose tomme tippee feeding bottle. sebab bentuknya yang unik dan putingnya seakan-akan puting 'original'. sebab tu dia punya tagline closer to nature. heee plus, bottle TT ni ada sistem anti-colic yang boleh mengelakkan baby kembung perut. 


ok dear. tu lah peralatan asas yang i beli sebagai persediaan untuk breastfeeding. Kalau u ols google, ada lagi peralatan yang boleh support bf. Contohnya macam bottle warmer & bottle sterilizer. tapi for me, rasanya belum perlu lagi kot. I nak start dengan basic dulu. Nanti i akan review perkembangannya k. 


9 comments:

Syima Syaz said...

- tak semstinya baby baru lahir byk tido unless baby jaundice. macam baby saya, tak brp nak tido..lebih suka bergayut je... pump pun takde masa

- mula2 saya pakai pump manual, genap 3 minggu saya beli letrik sbb pump manual lenguh dan amik masa.tp pump manual ni berguna time breast bengkak msa awal2 tu

- mental n fizikal mmg kena kuat.i almost give up tp nasib baby tak nak fm.. so teruskan bf sampai bila2. and masa permulaan susu tak byk pun... selalu kuar 1,2oz... dah sebln 2 baru susu makin naik naik n ikut kadar kerajinan pump jugak.. saya malas..ops..hehe

goodluck ye

Puan Simply Syeeda said...

Syima: oo yeke? Thanks for sharing ye. Sy pun xtau lg cmne ni. Sbb tu prepare yg basic2 je dulu. Klu ade rezki lbih, blh la mntk encik hubby bli yg electric kan? Ngeeeeee

Syima Syaz said...

saya pun pakai manual mula2 sb nk tgk susu...hehe

Mama Tunggal said...

hurmm btol 2 semuanya kena mula dgn niat....tapi kadang2 susu nie bergantung pd keadaan tubuh n rezeki juga..adik ipar i bdan ok anak first dia bf but anak ke 2 xda susu langsung...kesian dia...anak pown kuat meragam...

Puan Simply Syeeda said...

Syima syaz: okle tu kan sbg percubaan.

Puan Simply Syeeda said...

Mama tunggal: oo yeke cmtu. Pemakanan pun kna jaga kan klu nk menyusukan bb. Kna mnum byk air. Ada org suggest amik vitamin shaklee utk dpt susu yg byk. Mcm milk booster cmtu.

mynameismy said...

My pn berazam nk fully bf anak.. hrp2 sgt susu ni byk.. InsyaAllah... skrg ni belum beli lg breastpump.. tp dah survey dah. InsyaAllah mase pantang nti baru beli.. :)

Puan Simply Syeeda said...

mynameismy:
hmm ade info nih.. klu nak bykkan susu badan, kna kerap membaca surah Al-Hujurat..oo nk bli mase pantang ke?my kna pesan kat en.hubby la cmtu nk bli yg mna 1 nnt.

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Tabung Baby. Please Click :)