Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Tuesday, September 4, 2012

Pertama Kali Beraya Dengan Encik Hubby Kesayangan

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin ye sebab 17 Syawal baru nak update post tentang hari raya. Hehe. Quite busy lately. So, how to start eyhh?? Dah lama i tak menulis. Kaku lak rasanya. Hari Raya Aidilfitri tahun nih memang dinanti-nantikan. Almaklumlah baru pertama kali menyambutnya dengan kehadiran encik hubby yang disayangi. Paling istimewa, i turut meraikan hari raya nih dengan kehadiran baby i di dalam peyot! Alhamdulilah, i cuma tinggal puasa sehari je tahun ni. Tu pun sebab doktor inject ubat dalam badan i masa kat klinik hari tu. Kalau tak, mesti i dapat puasa full! satu kenikmatan yang jarang-jarang dapat dirasa oleh setiap wanita. Apa-apapun, mummy bersyukur sangat2 yang anak mummy dalam peyot memang kuat. Anak mummy nih jarang buat perangai masa bulan puasa. Sayang dia ketat2! 

Tahun ni i start beraya di rumah ibu mertuaku. Sedihla jugak at first tu. Berfikiran positif je la dengan memikirkan yang i sambut raya kali ni dengan environment baru! yeayy, kampung style. Kalau kat rumah i, taman style. biasa-biasa je. tapi kat kampung nih lagi happening! tapi, rindu beraya dengan family i yang havoc tu tetap terasa la. So, i bertolak balik ke kampung encik hubby di kuala ketil, a day before hari raya. Sebelum bertolak balik, terlebih dahulu i bersalam raya dan berkucup-kucupan dengan Mama Gee dan Pak Bihi. Duit raya untuk depa pun siap tinggalkan sekali. Sebakla juga nak tinggalkan parents i ni. Tapi, be cool je, sebab taknak encik hubby mengejek i cakap i anak manja. As i reached my mother in law house, i tengok  mak mentua i sedang merebus ketupat nasi dan sedang prepare untuk buat lauk-pauk untuk hari raya esok. Mak mentua i tak bagi i buat kerja banyak sangat since i mengandung. So, i tolong dia sikit-sikit je la. Seronoknya jadi preggy woman! dilayan macam puteri. hehe.  

Ohh ya, family encik hubby ni ada darah keturunan jawa. So, juadah wajib yang mesti ada masa hari raya pertama tu ialah ketupat nasi yang dibalut dengan daun nyiur, lauk ayam masak semur dan sayur kekacang campur. I tak sempat lak nak snap picture lauk-lauk tu sebab dah licin! hee.. 

Malam raya, encik hubby sibuk main mercun dengan sepupu sepapat beliau. Happening jugak kampung ni. Bunyi dentam dentum sana sini. walaubagaimanapun, hati sebak jugak dengar takbir raya. yelah, first time beraya jauh dengan Mama Gee dengan Pak Bihi ni. Maunya tak sebak. Pukul 10 malam, encik hubby ajak i ke bazaar raya di kuala ketil. best! Harga barang memang murah. Berbaloi grab sepasang jubah dengan tudung! 


Hmm tu lah gambar raya pertama sebagai suami isteri. Hari raya pertama di kuala ketil memang meriah. Ramai saudara family encik hubby datang beraya kat rumah. Secara tak langsung, encik hubby dapat kenalkan i dengan saudara2 dia. 


Yang ni la family besar encik hubby! Riuh dengan budak-budak la kat sini. Nak-nak lagi time depa dapat duit raya. Memang kecoh! hehe 

Jadinya, i stay rumah encik hubby sampailah ke tengahari raya kedua. Hari raya kedua barulah bertolak balik Alor Setar dan beraya dengan family kesayangan i pulak. Anyway, di Alor Setar, tetamu tak putus-putus datang masa hari raya kedua. So, kitorang hanya dapat keluar jalan beraya masa hari raya ketiga. 


Ini pulak gambar family besar i. Gambar ni diambil sebelum kitorang keluar beraya ke sungai petani dan penang. Last but not least ; 


Beromantika bersama encik hubby. hehe. Itu je lah cerita hari raya i. Ohh ya, raya keempat kitorang sekeluarga ke Kelantan untuk misi peminangan bagi adik i. I pergi tanpa encik hubby di sisi sebab beliau dah start kerja on that day. Sob sob.. nanti i update pasal cerita peminangan pulak ok? tata! 

1 comment:

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Tabung Baby. Please Click :)