Its All About My Life, Love, Favours, My Princess Saffiya and Also Prince Fayyadh :)
Rakyat Simply Syeeda
Berape orang mengintai di sini?
Thursday, December 31, 2009
Bye2 2009, Welcome 2010!
Wednesday, December 30, 2009
Adakah Si Dia Lelaki Idaman??

Monday, December 28, 2009
~Contest Pakai Shawls Sambil Buat Muka Sengal~
Sunday, December 27, 2009
Menginjak Usia Suku Abad
Saturday, December 26, 2009
Appetizer Cara Saya
Monday, December 21, 2009
Alhamdulilah..Saya Bahagia!
1. ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati hidup saya sepanjang masa
2. saya ada abah yang selalu menjadi penyelamat saya
3. saya ada mama yang menjadi nadi kekuatan saya
4. saya ada adik-adik yang menjadi penawar duka saya
5. saya ada saudara mara yang baik-baik belaka
6. saya ada teman-teman baik yang selalu bersama saya tak kira suka @ derita
7. saya masih lagi ada peluang bekerja dan tak duduk rumah saja
8. saya ada anak-anak kucing saya (fantasia, april dan paris) yang selalu menyambut kepulangan saya
9. saya masih ada rumah untuk saya berlindung dan menikmati dunia
10. saya masih ada kereta untuk ke mana-mana saya suka
11. saya sentiasa dikurniakan nasib yang baik dan hidup gembira!
12. saya sentiasa sihat dan bebas penyakit (terutama H1N1..huhu) yang merbahaya
13. saya masih lagi berpeluang meneruskan kehidupan dan mempunyai masa
14. saya ada AWAK yang selalu ada di sisi saya (harap2 untuk selamanya)
Sunday, December 20, 2009
Antara Dua Darjat??
Ok..Lupakan kisah remy dan ummi. Sebabnya saya nak sgt post pasal kes cinta dua darjat ni. Dan kalau sesiapa yang baca ni bolehlah tinggalkan komen anda kerana saya pun nak tau jugak apa pendapat anda. Kes cinta dua darjat ni selalunya jadi isu hangat bila sang wanita lebih tinggi "darjatnya" kalau nak dibandingkan dengan si lelaki. Ada jugak kes lelaki lebih tinggi darjat daripada wanitanya, tapi jarang sangat masyarakat kita perkatakan. Kalau kes yang macam tu selalunya orang akan bercakap camni.. "Bertuahhhhh si Fara (nama samaran) dapat kawin dengan lelaki kaya. " Tapi, kalau la wanita yang berdarjat kawin dengan lelaki yang rendah darjat ni, banyak pulak songeh masyarakat kita. Konon-konon tak sesuai la sebabnya sang wanita "lebih" daripada si lelaki.
Haaa..Sekarang jom kita USHA..ketika mana cinta dua darjat ni diperkatakan.
1. Bila sang wanita anak orang berada /kaya dan si lelaki cuma anak petani / pekerja kilang dan etc. Dalam hal ni, sang wanita dok rumah batu dan si lelaki cuma rumah papan kat kampung mengadap bendang jer.
2. Bila sang wanita terbabit mempunyai segulung PHD/Master/Ijazah sedangkan si lelaki pass SPM jer.
Maksudnya, taraf pendidikan wanita tersebut tinggi la berbanding lelaki.
3. Bila sang wanita ada kerjaya stabil (maknanya pendapatan lebih la) kalau nak dibandingkan dengan si lelaki.
4. Bila sang wanita ada darah keturunan (maksud saya macam diraja camtula) dan si lelaki cuma orang kebanyakan jer.
5. Bila sang wanita tu rupanya cantikk sangat laa (macam bidadari) tapi si lelaki berwajah biasa2 jer (rupa macam pecah rumah la kiranya..mesti anda boleh bayangkan kan).
Saya tinggalkan anda dengan dua pujangga cinta ini...
Sekian.
Wassalam.
p/s : Cinta Kepada Illahi Adalah Cinta Sejati Yang Lebih Dari Segala-galanya..
Saturday, December 19, 2009
Bola..Bola..dan Bola
Apa pun Tahniah Pasukan Malaysia! Ini satu permulaan yang bagus untuk tahun baru ni!
p/s : Naik bulu roma bila Negaraku dimainkan di Stadium Laos..
Friday, December 18, 2009
Contest Shawls@Ayucinta > Pakai Shawls Sambil Wat Muka Comel
Contest ni meminta peserta memakai shawls sambil posing ala2 comel gitu.
Jadi, saya rasa ini la wajah comel + sengal saya sehingga kini (rujuk gambar di bawah).
Nota-nota Promosi :
p/s: ayu ~kalau dapat saguhati pun okeh! He2
Wednesday, December 16, 2009
Cuka Nipah Dan Saya
Cuka nipah asli ni diperbuat daripada air nira nipah yang telah diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada jugak di kalangan pengusahanya lebih gemar menghasilkan cuka nipah. Cuka nipah ni dipercayai sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Khasiat Cuka Nipah :
1. Boleh mengubati kencing manis
2. Turunkan tekanan darah tinggi
3. Pecahkan batu karang
4. Turunkan kolesterol dan mengubati sakit jantung
5. Ubati gout
6. Boleh jugak mengubati migrain
Tapi bagaimana cara mengamalkannya??
Petua 1 :
Ambil satu sudu besar cuka nipah, campurkan dengan satu sudu teh madu dan minum dengan air suam. Amalan ini dipercayai boleh penyakit-penyakit yang saya listkan di atas.
Petua 2 :
Ambil beberapa biji kurma, rendamkan dalam cuka nipah semalaman. Pastikan rendam kurma tu sampai tenggelam. Kemudian, bolehlah makan sebiji kurma esok hari (sebijik saja ye, jangan lebih!). Amalam ini dipercayai boleh kurangkan kolesterol dan darah tinggi.
Petua 3 :
Kalau migrain pula, ambil satu sudu cuka nipah dicampur dengan sedikit air, sapu di bahagian migrain. Cuka Nipah Asli - ShowCase SDSI, MITC Melaka
Hmm, saya selitkan sikit ya gambar saya di booth cuka nipah dalam Program Showcase SDSI Melaka baru-baru ni. Ok, harga bagi sebotol cuka ialah RM 10 (bagi packaging kotak ungu-lihat gambar ye) dan RM 20 (bagi packaging botol empat segi-lihat gambar). Murah dan sangat berbaloi! Jadi, kenapa kita perlu memilih dan membeli produk luar sedangkan kita ada produk buatan tempatan yang lebih bermutu? Fikir-fikirkan lah ye.
Kalau ada di antara anda yang berminat nak membeli, jangan segan-silu contact saya -----> sitisyaheeda@yahoo.com.my. Tinggalkan pesanan dan number phone anda. Insyallah, saya akan contact anda semula.
That's all for today. Malam pun makin lewat. Esok kerja lagi.
Semoga jumpa lagi!
Guten Nacht! Aufwiedersehen!
Sunday, December 6, 2009
"Signal"
Saturday, December 5, 2009
Saya Tetap Orang Yang Sama
Nama penuh saya Siti Syaheeda. Masa kecil2 dulu, abah saya (Pak Bihi) panggil saya dengan nama ctsya. Tak tau kenapa lama2 nama tu hilang macam tu jer. Yang lekat, cuma panggilan "kakak". Mama (Mama Gee) pulak panggil saya syeeda. Bila saya masuk sekolah rendah, ada yang panggil saya siti. Ada jugak yang panggil syaheeda. Naik je sekolah menengah kawan2 panggil nama saya shad. Usah ditanya saya, macam mana dapat nama tu, saya pun tak ingat sangat macam mana. Hehe..sekarang saya dah 25 tahun. Dah keja pun. Saya suruh officemate saya panggil nama syeeda. Sebab saya rasa nama tu yang paling dekat di hati saya. Walau pun digelar dengan macam-macam panggilan, saya tetap orang yang sama. Sikit pun tak berubah dari dulu. Dan insyaAllah, juga sentiasa sama untuk akan datang. Cuma bezanya, syeeda sobbihi sekarang lebih matang dan tak bersifat keanak-anakan macam dulu lagi.
Sesekali terdengar orang melabelkan saya sombong. Saya pun tak faham, di mana darjah kesombongan saya kelihatan. Saya akui, saya kelihatan diam sedikit tatkala kali pertama bersua anda. Tapi itu tak bermakna saya insan yang sombong. Yang sebenarnya, saya sedang dengar dengan teliti apa yang sedang anda ucapkan, dan cuba memahami gerak dan tingkahlaku anda sebenarnya bagaimana.Plus, saya jugak mungkin tengah control "ayu" masa tu. Haha..yelah, kalau nampak "loQlaQ" sangat, mungkin anda taknak berkawan dengan saya pulak nanti.Jadi,jangan mudah menghukum saya sombong ya!
Saya rasa cukup saja tu setakat ini. Jangan risau, saya akan update lagi diri saya dari semasa ke semasa.Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan la ye!
Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi!