Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, December 5, 2009

Saya Tetap Orang Yang Sama

Hai. Selamat Hari Sabtu Semua! Entry kali ni cuma cetusan rasa saya kepada anda semua tentang diri saya. Mungkin ada di kalangan anda semua adalah kenalan saya dan sebahagian besar lagi tak pernah kenal pun. Well, Selamat Berkenalan!

Nama penuh saya Siti Syaheeda. Masa kecil2 dulu, abah saya (Pak Bihi) panggil saya dengan nama ctsya. Tak tau kenapa lama2 nama tu hilang macam tu jer. Yang lekat, cuma panggilan "kakak". Mama (Mama Gee) pulak panggil saya syeeda. Bila saya masuk sekolah rendah, ada yang panggil saya siti. Ada jugak yang panggil syaheeda. Naik je sekolah menengah kawan2 panggil nama saya shad. Usah ditanya saya, macam mana dapat nama tu, saya pun tak ingat sangat macam mana. Hehe..sekarang saya dah 25 tahun. Dah keja pun. Saya suruh officemate saya panggil nama syeeda. Sebab saya rasa nama tu yang paling dekat di hati saya. Walau pun digelar dengan macam-macam panggilan, saya tetap orang yang sama. Sikit pun tak berubah dari dulu. Dan insyaAllah, juga sentiasa sama untuk akan datang. Cuma bezanya, syeeda sobbihi sekarang lebih matang dan tak bersifat keanak-anakan macam dulu lagi.

Sesekali terdengar orang melabelkan saya sombong. Saya pun tak faham, di mana darjah kesombongan saya kelihatan. Saya akui, saya kelihatan diam sedikit tatkala kali pertama bersua anda. Tapi itu tak bermakna saya insan yang sombong. Yang sebenarnya, saya sedang dengar dengan teliti apa yang sedang anda ucapkan, dan cuba memahami gerak dan tingkahlaku anda sebenarnya bagaimana.Plus, saya jugak mungkin tengah control "ayu" masa tu. Haha..yelah, kalau nampak "loQlaQ" sangat, mungkin anda taknak berkawan dengan saya pulak nanti.Jadi,jangan mudah menghukum saya sombong ya!

Saya rasa cukup saja tu setakat ini. Jangan risau, saya akan update lagi diri saya dari semasa ke semasa.Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan la ye!

Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi!

No comments:

Tabung Baby. Please Click :)