Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, December 26, 2009

Appetizer Cara Saya

Salam semua! Camne hari cuti anda? Mesti best kan. Hari Raya Krismas ni saya nak tulis entry pasal bab makan plak. Bukan ape, hari ni banyak sangat makan. Hehe. Mentang-mentang la cuti. Habiskan cuti dengan makan dan tido je. Bukan senang saya nak bersenang-senang camni.

 Cili padi = cili api = cabai melaka

Saya suka sangat JERUK CILI PADI. Kalau kat tempat saya (sebelah Kedah), kami lebih suka panggil Cili Padi tu Cabai Melaka.Maaf, saya taktau la pulak macam mana orang zaman dulu-dulu boleh dapat nama timangan cili padi ni sebagai cabai melaka. Kalau kat tempat lain, cili padi jugak dikenali sebagai cili api ataupun cili burung. Tapi, walau apapun nama timangan si cili padi ni, rasa PEDAS tu tetap sama.. Sebab tu ada peribahasa Kecil-kecil Cili Padi kan. Saya pun nak jugak jadi cam peribahasa tu, walaupun kecil tapi tangkas berani! Hehe..Azam tahun baru.

Jeruk Cili Padi

Jeruk Cili Padi ni memang pembuka selera saya makan. Kalau ada je jeruk ni, makan bertambah-tambah la nasi yang saya makan tu. Takde lauk lain pun takpe. Janji ada Cabai Melaka! Mama saya pernah bercerita yang ketika dia mengandungkan saya, dia takde selera makan lauk lain. Dia cuma berselerakan jeruk cili padi ni makan dengan nasi panas-panas. Hmm memang la menyelerakan! Jadi, cili padi @ cabai melaka ni memang dah jadi kegemaran saya sejak dalam perut mama lagi. Patutla sampai menginjak usia seperti sekarang pun, rasa serba tak kena jer kalau takde jeruk cili padi ni. Dan adakah mungkin, disebabkan mama terlalu berselerakan cili padi ni, saya pun jadi kecil macam cili padi? (Tengah pikir)..

 Potong Cili Padi

Nak tau camne nak buat jeruk ni? Macam ni.. (ini cara saya la..mungkin anda berbeza)..
1.  Ambil cili padi dan basuh. Lepas tu potong kecil2..kalau nak buang bijik lagi la bagus. Kan tak elok makan bijik cili tu.
2. Then, ambil secawan cuka nipah campur dengan 1/2 cawan air. Masak sampai mendidih. Saya memang suka guna cuka nipah dari cuka buatan. Sebab rasa dan aroma dia yang lebih best! Lagipun, tak elok sangat makan cuka buatan. Cuka nipah ni cuka asli. Jadi takpe.
3. Cuka nipah yang masak tadi disejukkan seketika. Lepas tu, tuang dalam balang. Then masukkan cili api yang dipotong tadi.

Haa, simple kan. Boleh simpan berbulan-bulan tau. Tapi, kalau kerap makan mungkin tak sampai sebulan pun. Hmm, tu appetizer cara saya. Anda plak cmne? Boleh kita kongsi-kongsi. Sehingga berjumpa lagi!

p/s : baru sudah makan nasik panas-panas dengan jeruk cili padi. 

5 comments:

eLLa said...

xpernah ag kot mkn cili jeruk..
nak try wat r..

eLLa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Syeeda Sobbihi said...

ella:
yupp..mesti cuba..bestt..

Anonymous said...

yuppppp...................

kecik2 cili padi....
buat keja rajin, tapi kdg2
nampak mcm sensitif sgt jer...
sbb suka mkn cili jeruk kOt????
huhuhu...

Syeeda Sobbihi said...

Cik Anonymous (I Know Who U Are),
Yeke saya terlalu sensitif? Tak Perasan la plak..TQ for your comment! :)

Tabung Baby. Please Click :)