Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Wednesday, September 19, 2012

Wedding Review 4: All Wedding Outfits

Hi dan Assalamualaikum! Hari ni, mood i nak berbelog tinggi. Jom continue buat wedding review. Let's view my wedding outfits yang i guna untuk tiga majlis iaitu akad nikah, majlis resepsi di rumah i dan majlis bertandang ke rumah encik hubby. 

1. Wedding Outfit For Akad Nikah 

Bagi majlis akad nikah, i dan encik hubby pilih rona cream. Kain pasang rona cream kitorang beli kat Jakel. Then, baju akad nikah ni diupah di Butik D'Kasih, Alor Setar.  Untuk tudung, i pilih konsep arabian. Ada purdah tutup hidung & mulut. Eceh. Bajet santun di situ. Tudung pulak i upah Nazry Bridal. 


Ni la tudung arabian i. Ada 4 pcs. 1 pcs anak tudung yang dijahit dengan manik, 1 pcs selendang, 1 pcs purdah dan 1 pcs veil. 


Baju kurung moden cekak musang dan kain duyung style. Saiz S la i rasa baju ni. Since baju ni i buat sendiri, i bercadang nak sewakan kepada sesape yang berminat. Sesape yang nak sewa boleh runding harga dengan i. boleh emel or pm kat FB k. hehe. 

2. Wedding Outfit For Majlis Resepsi 

Bagi majlis resepsi yang berlangsung di rumah i, i sewa je baju dari Butik Ella Miamor Bridal, Alor Setar. Yang ni memang amik sekali dengan pakej pelamin, bilik tidur dan meja makan. Baju ni i design dan mintak butik buatkan. Ilham dari Hatta Dolmat. Ecewah. Tema warna ialah turqoise dan pink. 


Modern kebaya labuh. Ala-ala dress. Manik pink yang penuh di bahagian dada. Ada belt. Plus ropol-ropol. I jugak mintak butik buatkan veil panjang. kunun-kunun nak merasa macam kate middleton. hikhik. 


Sengaja i biarkan veil panjang itu jatuh ke tanah tanpa dipegang oleh sesape. hehe. 

3. Wedding Outfit For Majlis Bertandang

Bagi majlis bertandang, encik hubby nak kan kitorang pakai baju apple green. Seumur hidup, memang i xsuka color hijau. Sebab i rasa i xsesuai dengan color hijau. Tapi since ianya permintaan encik hubby, kerana kasih kuturutkan jua. Boleh camtu? 


Modern kebaya pendek warna apple green. Disewa di Butik Kays Collection, Alor Setar. Nice jugak! First tengok, hati i terus terpaut!

Orait. Itu saja la tentang wedding outfits. Tentang baju akad nikah tu, sape berminat nak sewa, boleh contact i thru emel or FB k.. serious nih! :D

3 comments:

Anonymous said...

Salam Sis..
Hi sy hani..Bole tahu x kat mana area butik ella miamor bridal tu?
Bole x sms @ What'sApp sy di 0173178187..berkenan sgt nk sewa baju kat butik ni utk wedding sy nnt..sbb sy kt kl skang so mintak tlg sis update info bout this butik n kalo ade contact no skali butik tu pun lg bgus..bole sy direct discuss je ngn dorg
Anyway thanks sis

Cik Puan Syeeda said...

Hi Hani! Butik ella miamor ni kt area shahab perdana. bertentangan dgn radix fried chicken. baju2 kt butik ni mmg cantik2 & design pun uptodate. pelamin, bilik pengantin & meja mkn dia buat pun cantik. mmg puas hati. nnt akak sms u contact person k.. thanks singgah sini!

Unknown said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Tabung Baby. Please Click :)