Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Wednesday, December 16, 2009

Cuka Nipah Dan Saya

Salam sayang semua! Saya cuba cari jugak ruang masa saya untuk upload entry kali ni yang menjurus kepada pertanian. Hmm maklumlah saya baru saja balik bertugas dari Showcase SDSI di Melaka. Program mula 11 - 13 Disember 2009 dan saya bertugas sebagai officer in charge dari pukul 10pagi sampai 10 malam kat booth cuka nipah.Penat jugak la rasenye but seriously enjoy! Ni la masa turun padang tengok ape opinions orang ramai tentang produk ni. Ok, disebabkan saya masih lagi dalam mood promotion, saya nak promote sikit la pasal produk ni ye - CUKA NIPAH ASLI.


Cuka nipah asli ni diperbuat daripada air nira nipah yang telah diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada jugak di kalangan pengusahanya lebih gemar menghasilkan cuka nipah. Cuka nipah ni dipercayai sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Khasiat Cuka Nipah :
1. Boleh mengubati kencing manis
2. Turunkan tekanan darah tinggi
3. Pecahkan batu karang
4. Turunkan kolesterol dan mengubati sakit jantung
5. Ubati gout
6. Boleh jugak mengubati migrain

Tapi bagaimana cara mengamalkannya??

Petua 1 :
Ambil satu sudu besar cuka nipah, campurkan dengan satu sudu teh madu dan minum dengan air suam. Amalan ini dipercayai boleh penyakit-penyakit yang saya listkan di atas.

Petua 2 :
Ambil beberapa biji kurma, rendamkan dalam cuka nipah semalaman. Pastikan rendam kurma tu sampai tenggelam. Kemudian, bolehlah makan sebiji kurma esok hari (sebijik saja ye, jangan lebih!). Amalam ini dipercayai boleh kurangkan kolesterol dan darah tinggi.

Petua 3 :
Kalau migrain pula, ambil satu sudu cuka nipah dicampur dengan sedikit air, sapu di bahagian migrain.

Cuka Nipah Asli - ShowCase SDSI, MITC Melaka

Hmm, saya selitkan sikit ya gambar saya di booth cuka nipah dalam Program Showcase SDSI Melaka baru-baru ni. Ok, harga bagi sebotol cuka ialah RM 10 (bagi packaging kotak ungu-lihat gambar ye) dan RM 20 (bagi packaging botol empat segi-lihat gambar). Murah dan sangat berbaloi! Jadi, kenapa kita perlu memilih dan membeli produk luar sedangkan kita ada produk buatan tempatan yang lebih bermutu? Fikir-fikirkan lah ye.

Kalau ada di antara anda yang berminat nak membeli, jangan segan-silu contact saya -----> sitisyaheeda@yahoo.com.my. Tinggalkan pesanan dan number phone anda. Insyallah, saya akan contact anda semula.

That's all for today. Malam pun makin lewat. Esok kerja lagi.
Semoga jumpa lagi!
Guten Nacht! Aufwiedersehen!

7 comments:

Cik Puan Syeeda said...

Sy baru tingat satu lagi khasiat cuka nipah..boleh mengempiskan perut. Jd, sape yg nk kempiskan perut tu minum cuka nipah ye.. :)

eellee said...

ape lagi produk nira yg ade di pasarn selain cuka n air...i;m interested to do product development from nira..

Cik Puan Syeeda said...

whitedaisy:
hai! thanks sebab singgah blog sy. actually, stakat nih cuka nipah antara produk nira yg komersial. we also have ice blended nira. tp yg tu ready to serve la. interested? boleh emel sy ok. sitisyaheeda@yahoo.com.my. kita leh share infos & change ctc numbers.

Zullism said...

syeeda...tgk email yer...dah email pasal cuka tu :)

Cik Puan Syeeda said...

zul:
nnt i reply k.. thanks for respond!

Norzi said...

Ada lagi jual cuka nipah?

Unknown said...

Merkur Futur Adjustable Safety Razor - Sears
Merkur Futur https://febcasino.com/review/merit-casino/ Adjustable Safety Razor is the goyangfc perfect balance https://jancasino.com/review/merit-casino/ of performance, safety, and comfort. Made in wooricasinos.info Solingen, Germany, this razor has a perfect balance https://septcasino.com/review/merit-casino/ of

Tabung Baby. Please Click :)