Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Thursday, July 14, 2011

Teaser Baju Raya

Raya bakal berkunjung tiba. Ecehh.. puasa pun belom, tiba-tiba dah berbicara perihal raya kan?? Lumrah la tu. Bagi orang perempuan, sebulan sebelum puasa, Wajib (saya ulang ye, Wajib!!) buat persiapan tentang baju raya. Bukan apa, kalau lewat nanti, tailor dah taknak ambil upah menjahit. Haa.. takkan la nanti orang lain pakai baju raya baru, kita nak pakai baju raya lama kan?? Nak pulak kalau baju raya lama tu, dah puas kau pakai ke hulu-ke hilir musim kenduri atau waktu bekerja yang lalu2. heee macam biasa buat je. Nanti tak feel la pulok nak beraya. Sudahla dah tak berpeluang dapat duit raya, pakai pun baju raya lama je.. pasti sedih hari raya saya. 

Maka, berbekalkan semangat hari raya yang gigih, Cik Syeeda Sobbihi pun mengorbankan masa beliau ke Busana Azzahra, Kompleks Perniagaan Sultanah, Alor Setar untuk mencari kain pasang yang sesuai untuk dijadikan Baju Rayanya. Seperti yang dipesan Mama Gee, tema warna mestilah berwarna Oren agar satu keluarga kelihatan sangat bahagia bila bergambar dengan warna yang senada. Cewahhh. Nak tengok tak kain baju raya kite?? Taknak pun, nak tayang jugak. Mood: Galak.

Orange Theme

Nasib baik tuan butik masih mau menerima tempahan. Hee. Lepas ni, kena cari baju raya Encik Tunang la pulak. Kalau baju raya orang lelaki nih, tak kisah sangat kan. Malam sebelum raya pun leh dapat kat bazaar Pekan Rabu. Sebab waktu malam raya kan ada lelong-lelongan.  He. Ok. Itu saje update teaser baju raya saya. Babai  =) 

2 comments:

Zullism said...

cekap kan hang syeeda,,,bab2 ni heheh

Cik Syeeda Sobbihi said...

zul:
haha..kena cekap la.. satgi kita ketinggalan pulak.. haha cikgu zul nih mesti kerap bli baju raya kt area pekan rabu kan kan kan??

Tabung Baby. Please Click :)