Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Tuesday, July 19, 2011

Buluh Madu Pengubat Rindu

Pak Bihi baru-baru ni berminat pulak dengan buluh madu. Dia cakap nak buat landskap yang cantik-cantik kat depan rumah kitorang. So, bakal menantu dia tu (sila baca: my Encik Tunang) pun apa lagi, gembira bukan kepalang lah. Pak Bihi dah mula menunjukkan minat kat tanaman kegemaran beliau. Maka, my Encik Tunang pun datanglah ke rumah saya dengan semangat yang waja, membawa benih-benih buluh madu yang disemainya daripada ladang beliau. Ini kes nak ambil hati bakal ayah mertua la nih. Sanggup dia tanam anak pokok buluh madu kat depan rumah saya demi Pak Bihi ooohh. 

penyediaan lubang untuk anak pokok buluh

tanam anak pokok sehingga menenggelami akarnyeee

meratakan tanah pada kawasan anak pokok

siap.. 5 pokok buluh madu berjaya ditanam di depan rumah!

See? Mudah tak? Hmm. saya banyak belajar pasal pokok buluh madu ni daripada Encik Tunang. Dia nih memang minat habis berkebun.. Encik tunang kata pokok buluh ni senang je nak ditanam. Kena rajin-rajin jirus air sebab pokok buluh madu perlukan air yang banyak. Oh ye, sedikit promosi ye.. my Encik Tunang memang jual anak pokok buluh madu pun. So, siapa2 yang berminat nak beli tu, boleh tinggal komen kat bawah ni dengan contact details. Nanti saya contact balik eyhh.. opps, boleh emel kat saya jugak : sitisyaheeda@yahoo.com.my . Support agriculture okeh! Pertanian adalah Perniagaan.

p/s: Tiap-tiap hari kalau nak keluar rumah, bila terpandang je pokok-pokok buluh tu, terus teringat kepada my Encik Tunang yang disayangi. Hee kira pengubat rindu jugak ler. Hehe (Blushing). 

2 comments:

zOeY zAu YaH said...

best tau kalau dpn umah ada pokok buluh.umah saya pun ada.umah jd redup,bila ditiup angin jd sejuk nyaman jee...hihi

Cik Syeeda Sobbihi said...

tak sabar tunggu pokok buluh tu besar dan naik merimbun2.. hee

Tabung Baby. Please Click :)