Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, October 6, 2012

Preggy Diary 12 : Buku Merah Dulu & Sekarang

Mama Gee godek-godek almari lama lalu terjumpak Kad Pranatal Ibu Mengandung (Buku Merah) sewaktu dia mendapat rawatan semasa mengandungkan i. Mama Gee excited habes & tunjuk kat i buku tu. Buku merah tu keluaran tahun 1984.. sama umur dengan i, 28 tahun! hehe masih elok tersimpan. nasib baik belum dimamah anai-anai. 


Tak tebal sangat pun. Just macam kad je. Kalau tengok due date Mama Gee sepatutnya melahirkan i jatuh pd 5 January 1985 tapi Mama Gee kata i dah nak keluar i, maka i lahir pada 26 Disember 1984. Hehe. 


Tu dia catatan doktor & nurse tentang kesihatan Mama Gee pada masa tu. Kalau leh zoom, boleh nampak yang sebelum Mama Gee melahirkan i, berat dia 56 kg..ermm lebih kurang berat i sekarang semasa pregnant 9 bulan ni iaitu 53 kg.. 

Sekarang ni, jom kita bandingkan pulak dengan buku merah i sekarang sewaktu mengandungkan baby i ni... 


Haha..tebal dan lunyai kan? berbeza sungguh keadaan buku merah ni sewaktu masa mula-mula bukak. (refer entry ni : Preggy Diary 1 )  tu tandanya orang selalu ulang-alik ke klinik. penuh dengan catatan doktor.. label dari putih dah bertukar jadi kuning.. kuning tandanya ibu ada GDM.. 


Ni pulak catatan terbaru misi. Oh ya, tadi cik misi datang melawat i di rumah. dah memang ada dalam prosedur depa kot buat lawatan mengejut ke atas patient. hehe. yang best tu, masa cik misi datang, i belum mandi lagi. haa tu laa, tak cakap nak datang. kan dah terpaksa periksa i busyuk-busyuk td. hee. 

Antara pesanan cik misi:
1. Awasi tanda gerak baby dalam perut. kalau baby jarang gerak, kena cepat ke hospital. 
2. Awasi tanda-tanda bersalin iaitu contraction yang kerap (selang 5 minit), turunnya tanda lendir bercampur darah  dan air ketuban pecah. Cik misi kata setiap orang lain tanda-tanda bersalin. 

Erm, itu je lah. Esok kena ke klinik lagi. Nak review result BSP test. Nanti i update lagi k. 

10 comments:

mynameismy said...

wahhh nostalgia tuh... bagus2. nnti u punya simpan bagi anak tgk eh hehe

eMMe said...

dah nak bersalin ke dear?
semoga selamat sampai waktu bersalin..take care!

Zana Adieyza said...

wah, ada simpan lagi buku pink zaman dulu yer.. bagus la.. terbaik!!

apapun, semoga segalanya dipermudahkan Allah...

nice blog my dear.. salam kenal dari zana.. keep blogging!

Puan Simply Syeeda said...

mynameismy:
nostalgia kan? hehe tu laa nnt suh anak i tgk lak buku merah i sewaktu mengandungkan dia..

Puan Simply Syeeda said...

emme:
hai! yup..lagi 20 hari ke due date.. hehe thanks for ur prayer!

Puan Simply Syeeda said...

zana adieyza:
thanks singgah sini.. terima kasih mendoakan i.. u also hv a nice blog! i slalu je baca blog u.. hee

aTy _faRed~ said...

sonok nyer ley tengok rekod lama kite mase dalam perut dulu..!!! aty pernah tanye mak aty..tapi die kate dah reput kene makan anai2..haaaiihh..yang ade adik bongsu punyer jer...

Puan Simply Syeeda said...

aty fared:
mmg sonok. tp buku dulu xla details cam buku merah skrg. buku merah skrg, doktor siap wat karangan lg.. hehee

laskar pelangi said...

semoga dipermudahkan segalanya :)

Puan Simply Syeeda said...

Laskar pelangi:
Thanks ats doa!

Tabung Baby. Please Click :)