Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Wednesday, January 27, 2010

Selesema Ini Bukan Selesema Babi..Harap Maklum

Salam semua. Saya tak berapa sihat sangat la sekarang. Mungkin  tak cukup rehat sebab tak dapat nikmati cuti yang memuaskan weekend lepas..Hehehe..Walau bagaimanapun, I had a good time in KL last weekend. Teringin jugak kalau lepas nih dihantar outstation selain dari KL. Boleh kan bos?? (Elehh..macam la bos baca rintihan hati saya sekarang ni..huhu)

Malam ni nak bercakap pasal selsema. Kalau anda nak tahu, saya nih memang kerap sangat kena selsema. Mungkin antibodi tak kuat. Tapi, takde pulak rasa nak makan supplement ke apa kan. Sebabnya, saya rasa saya KUAT.. Hahah..statement poyo.. Hakikat sebenarnya saya penakut nak makan ubat. Masa kecik-kecik dulu pun Pak Bihi yang suapkan. Sekarang bila dah besar,sendiri mau ingat la kalau nak cepat baik!

Disebabkan selalu sangat dijangkiti selesema ni, saya rasa wajarlah saya kongsi dengan anda semua Simptom Demam Selesema dan Tips Menghadapinya. Ye la, kan saya dah master perihal selesema nih. Heh..

Simptom Selesema: 
  • Kepala rasa berat je..kemudian kepeningan lagi kebingungan
  • Hidung terasa perit semacam je..dan tiba-tiba rasa berair pulak. Itula dinamakan hingus ataupun bahasa saintifiknya mucus. Tolong cover jangan sampai ianya meleleh k. Sebabnye it can drop your waterface! Haha
  • Telinga rasa macam bengang..(awas..kadang-kadang ianya boleh mengakibatkan kebangangan)
  • Takde selera makan. Makan la apa saja..rasa tawar je..
  • Asyik bersin saja setiap 2 minit dan ianya kadangkala menyebabkan kesakitan pada gigi & gusi. Gunalah ubat gigi cap colgate @ berus gigi Oral B sekalipun, tetap rasa kekebasan gigi dan gusi..
  • Batuk-batuk ringan dan sakit tekak. Suara jadi agak seksi.. 

Tips Menghadapi Selesema:
  • Pastikan anda makan ubat sebaik saja simptom seperti di atas dikesan pada diri anda.  Antara ubat selsema yang menjadi koleksi atas meja mekap saya ialah Clarinase dan Antamin. Clarinase ubat selesema paling efektif sebab dalam masa 2 jam dah boleh hilang selesema. Harga lebih kurang RM 16/strip. Ubat Antamin pulak ubat selesema yang menyebabkan anda mengantuk selepas mengambilnya. Harga 40 sen je sebijik. Kalau takde ubat nih, paracetamol pun bleh..
  • Tolong sedia tisu ataupun handkerchief yang secukupnya..anda pasti tahu ianya sangat berguna!
  • Elakkan minum minuman berais. Lebih elok kalau dapat minum fruit juice. Saya lebih gemar beli Peel Fresh Orange. Rasa fresh je bila minum. He..
  • Tidur yang secukupnya..dan kurangkan aktiviti blogging anda yang sampai lewat malam tu..opss..
  • Elak tidur dalam keadaan sejuk..slow kan kipas atau switch off aircond anda..
  • Basuh tangan anda sekerapnya untuk elakkan jangkitan kuman..kalau perlu pakai mask lagi la bagus! 
Okeh..tu antara tips-tips yang boleh membantu menghadapi demam selesema..kalau anda ada tips2 lain post kat comment k..kalau demam anda masih berpanjangan, jangan segan silu jumpa doktor ye..tambah-tambah lagi kalau doktor tu kacak sekali..

Sehingga bertemu lagi. Bye.

p/s: sohh sehh sohh sehhh saat post ini ditulis :)

3 comments:

zulhilmi bdk blur said...

ada jugak selasama...

Syeeda Sobbihi said...

zulhilmi : amalkan tips2 tu k.. :)

Anonymous said...

http://www.archive.org/details/BuyTylenolNoPrescription_630

Tabung Baby. Please Click :)