Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, January 22, 2010

Musang Pulut Makan Daun Pandan

Salam. Hari ni hari sibuk sedunia rasanya. Betapa masa jadi begitu saya hargai hari ni. Dah tiga hari lepak di Kota Sarang Semut. Ada kerja penting yang perlu settle. Hari ni,  Kota Sarang Semut- Alor Setar cuma 10 minit. Nasib baik sang putih saya tak terbang bila meter sudah mencecah 140 km/jam atas jalan kampung tu. Ok..janji! Lain kali tak buat dah.. (Alaa..tengok dulu camne key? heheh)

Saya sampai rumah dari Kota Sarang Semut pukul 7.00 petang. Malam ni menuju destinasi KL pulak. Kelam kelibut rasanya bila baju belum dipacking. Flight ke KL pukul 9.25 malam. Masih ada masa. Hehe..tapi saya tak suka kalut-kalut camni. Nanti ada jer yang tertinggal. Yang penting toothbrush & sikat sebab tu la benda yang kerap sangat saya tertinggal. Jadi dua-dua benda tu dah dimasukkan dulu dalam travelling bag.

Pak Bihi ke surau malam ni. Jadi hanya Mama Gee yang akan drop saya di airport nanti. Sedang saya bersiap-siap saya dengar Mama Gee bising2.


Mama Gee :
Kakak..ada musang pulut lari-lari atas bumbung rumah kita.


Saya          : 
Musang pulut? musang apa plak ma?
            
Mama Gee
Alaa..musang pulut tu makan daun pandan.Ma bau daun pandan tadi. Orang tua-tua kata kalau bau camtu mungkin ada musang pulut. Entah2 musang tu dah mati.


Saya          : 
Mengarut la ma. kucing yang lari-lari. Mana ada musang.


Mama Gee :
Ishh..ma cakap takmau percaya.

Saya terkebil-kebil. Tak pernah lagi dengar mitos pasal ni. Tapi, kalau betul ada musang tu..yang tiba-tiba mati atas rumah kami, sapa pulak yang nak panjat buang bangkai tu.. Kesian la kat Pak Bihi. Takpe2, lagipun belum tentu betul lagi hipotesis Mama Gee tu. Siasatan kes akan dibuka. Biar adik saya Nini jadi penyiasatnya..Haha..

p/s : Teringin pulut sambal pulak..Hehe

3 comments:

HEMY said...

leh panggil bomba sebenarnya utk kes camni..hehe..bagi diorg keje skit

Syeeda Sobbihi said...

Hemy:
Ok jugak cadangan tu..at least aku pun tak penat nak panjat! Haha

Anonymous said...

Tumpang lalu, saja nak share info, walaupun post dah lama hehe...
Musang pulut @ musang pandan... dia makan buah n haiwan kecil n serangga, dia tak makan daun pandan. Bau pandan tu datang dari satu kelenjar pada ehem dia. Klu betul ada bau tu, musang tu hidup je :-)
Salam aidilfitri!

Tabung Baby. Please Click :)